:: sEbagaimaNa AsiNgnya isLam itu dAtaNg, bEgitu jUga kAfiLah iNi, dAgaNg & teRasiNg::

:: sEbagaimaNa AsiNgnya isLam itu dAtaNg, bEgitu jUga kAfiLah iNi, dAgaNg & teRasiNg::
Dikuasakan oleh Blogger.

::Mahabbah::

~ANTARA SABAR DAN MENGELUH ~

>> Khamis, 7 April 2011

SABAR ITU LEBIH UTAMA


Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hasan yang pergi haji di Baitul Haram. Di waktu tawaf, tiba-tiba dia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya. “ Demi Allah belum pernah aku melihat wajah yang dan secerah wanita itu, tidak lain pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati”

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu dia bertanya, “ Apakah katamu hai saudaraku? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau dan tiada seorang pun yang meyekutuiNya aku dalam hal ini”

Abul Hassan bertanya, “Apakah hal yang merisaukanmu?”

Wanita itu menjawab, “ Pada suatu hari, ketika suamiku menyembelih kambing korban, dan aku mempunyai dua anak yang sudah boleh bermain dan satu lagi masih menyusu,dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besarberkata pada adiknya, “ Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyebelih kambing?” Jawab adiknya, “ Baiklah kalau begitu”

Lalu di suruh adiknya berbaring dan disembelih leher adiknya itu.Kemudian dia merasai ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit di mana di sana dia di makan oleh serigala,lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan dan ketika aku meletak bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk berisi air panas,di tariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena badannya habis melecur kulit badannya.Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka dia jatuh pengsan hingga sampai ajalnya.Dan kini aku tinggal sebatang kara antara mereka semua”




Lalu Abul Hassan bertanya, “ Bagaimanakah kesabaranmu  menghadapi semua musibah yang sangat hebat ini”

Wanita itu menjawab, “ Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan dipertemukan antara keduanya jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh orang itu akan mendapat ganti yakni sia-sia belaka”










::SEDAMAI HATI YANG MERINDUKAN::




0 comments:

Man Ana?? (^_^)

anak kelahiran negeri tanah sekebun bunga ini di beri nama yg cukup indah, siti nor izliana nordin, merupakan anak ke 6 drp 8 adik-beradik, sekarang sedang belajar di universiti kebangsaan malaysia (ukm) bangi dlm bidang pengajian arab & tamadun islam, pernah melalui detik kenangan indah sebagai pelajar maahad muhammadi (p) dan seterusnya melakar cita-cita murni di maahad rahmaniah 2008.. apa yg dia harapkan adalah sebuah kejayaan yg bakal menjulang nama diri, keluarga, bangsa, agama, dan negaranya

::pr0L0g::


tiada berdaya untuk menulis.
cube untuk ketawa walau perit yg dirasai.
cuba berlaku gembira dgn kesedihan yg diberi.
disaat luaran cuba berlagak
mengatakan senyuman
dalaman menangis tanpa henti.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP