:: sEbagaimaNa AsiNgnya isLam itu dAtaNg, bEgitu jUga kAfiLah iNi, dAgaNg & teRasiNg::

:: sEbagaimaNa AsiNgnya isLam itu dAtaNg, bEgitu jUga kAfiLah iNi, dAgaNg & teRasiNg::
Dikuasakan oleh Blogger.

::Mahabbah::

CAMKANLAH NASIHAT INI

>> Ahad, 3 April 2011


Ketahuilah,
Sesungguhnya jalan keselamatan hanyalah satu iaitu jalan Allah yang lurus, Yang telah Allah sebutkan dalam firmanNya:
“Dan bahawa (yang kami perintahkan) ini adalah jalanKu dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalanNya” –al-Anaam :153-
Telah di nukilkan dari sebuah hadis bahawa suatu ketika Rasulullah s.a.w menarik sebuah garis lurus, lalu menarik garis ke kanan dan ke kiri dari garis yang lurus itu. Kemudian beliau bersabda: “ Inilah (garis lurus) jalan Allah sementara garis ke kanan dan kiri itu adalah jalan syaitan. Kemudian Beliau membaca ayat: “ Dan bahawa (yang kami perintahkan) ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah ia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalanNya” (HR. Ahmad & al-Darimi)

Sebahagian ulama mencontohkannya dengan pelepah kurma yang menjulur hingga ke tanah. Sekiranya seekor kerengga merayap naik melalui batang, nescaya ia akan sampai ke atas dan dapat menikmati buah kurma yang diinginkannya, ertinya ia telah selamat sampai ke tujuan. Sebaliknya jika ia naik melalui pelepah daun kurma yang menjulur ke kanan dan ke kiri, nescaya akan jatuh. Batang itu adalah jalan Allah sementara batang tersebut adalah jalan syaitan. Jalan Allah merupakan siratul mustaqim sangat jelas terlihat. Sekarang ini kita berada di zaman serba asing, sebagaimana yang di sebutkan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadis: “ dinul islam itu pada mulanya asing dan akan kembali menjadi asing sebagaimana pada awal-awalnya, maka thuuba (kebahagiaan/syurga bernama thuuba) bagi para ghuraba’” –HR. Muslim-

0 comments:

Man Ana?? (^_^)

anak kelahiran negeri tanah sekebun bunga ini di beri nama yg cukup indah, siti nor izliana nordin, merupakan anak ke 6 drp 8 adik-beradik, sekarang sedang belajar di universiti kebangsaan malaysia (ukm) bangi dlm bidang pengajian arab & tamadun islam, pernah melalui detik kenangan indah sebagai pelajar maahad muhammadi (p) dan seterusnya melakar cita-cita murni di maahad rahmaniah 2008.. apa yg dia harapkan adalah sebuah kejayaan yg bakal menjulang nama diri, keluarga, bangsa, agama, dan negaranya

::pr0L0g::


tiada berdaya untuk menulis.
cube untuk ketawa walau perit yg dirasai.
cuba berlaku gembira dgn kesedihan yg diberi.
disaat luaran cuba berlagak
mengatakan senyuman
dalaman menangis tanpa henti.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP