:: sEbagaimaNa AsiNgnya isLam itu dAtaNg, bEgitu jUga kAfiLah iNi, dAgaNg & teRasiNg::

:: sEbagaimaNa AsiNgnya isLam itu dAtaNg, bEgitu jUga kAfiLah iNi, dAgaNg & teRasiNg::
Dikuasakan oleh Blogger.

::Mahabbah::

DUNIA ini penjara kita!!

>> Selasa, 5 April 2011




Suatu hari, Ibn Hajar al-Asqalani, bersua dengan seorang yahudi penjual minyak sapi. Bajunya bercopeng Nampak sebagai seorang yang hidup susah. Yahudi iu bertanya kepada Ibn Hajar, “Sesungghuhnya nabimu ada berkata; “ Dunia ini adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir”. Namun kenyataannya saya (yang kafir) demikian susah nasibnya sedangkan 
anda hidup bersenang lenang”.

Ibn Hajar menjawab, “ keadaan saya memang seperti dalam penjara apabila di bandingkan dengan kenikmatan yang disediakan oleh Allah di akhirat bagi orang-orang yang beriman. Kerana kenikmatan dunia tidak ada apa-apa bila di bandingkan dengan kenikmatan akhirat. Adapun anda wahai yahudi, seakan anda berada di syurga bila di bandingkan dengan penderitaan dan seksa yang dijanjikan kepadamu jika mati dalam keadaan kafir” mendengar keterangan tersebut, yahudi tersebut terus memeluk islam.

PENJARA ORANG MUKMIN

Maknanya adalah setiap mukmin terpenjara kerana terhalang untuk memenuhi tuntutan syahwatnya di tempat yang haram, di bebani untuk melakukan ketaatan yang berat. Namun ketika dia mati, maka terlepas lah ini semua berganti dengan apa yang yang dijanjikan Allah Taala untuknya berupa kenikmatan yang kekal, kesenangan yang tidak ada sedikit pun kekurangan.

Adapun orang kafir, sekecil apa pun kebahagiaannya dari kesenangan dunia maka itulah syurga baginya, kerana setelah mati dia akan menghadapi seksaan yang keras dan kekal, tak ada sedikitpun yang dinamakan kesenangan dan kenikmatan. Meskipun susah kehidupan orang kafir di dunia, itu sudah menjadi syurga bagi mereka kerana penderitaannya di dunia dapat beerti kenikmatan bila di bandingkan dengan seksaan di akhirat. Seperti orang yang dapat makan sekali dalam sehari itu, adalah kenikmatan bila di bandingkan dengan hari lain yang sama sekali tidak menemui sedikitpun makanan.

PENJARA PUN NIKMAT BAGINYA

Dunia bagi seorang mukmin adalah penjara bagi syahwatnya. Ia tidak bebas melepaskannya, meskipun kesempatan ada dan tidak ada satu pun menghalanginya, selain takut kepada Allah, takut Allah tidak akan memberinya kenikmatan yang tiada tara bahkan akan mengganjarinya dengan seksa.

Namun ketika seorang mukmin tidak bebas berbuat sesukanya, bukan beerti hatinya menderita dan terseksa. Walaupun dia terpenjara, namun hatinya merdeka.Tidak ada yang melebihi kebahagiaan yang dirasakan oleh seorang mukmin.

Kenimatan tersebut berupa kecintaan kepada Allah, kelazatan beribadah kepadaNya, dan ketenangan hainya kerana yakin bahawa usahanya akan di beri pahala oleh Allah S.W.T. Dalam keadaan apa pun oran mukmin dapat merasakan bahagia meskipun jasadnya terpenjara.

Oleh kerana itulah, ketika Ibn Taimiyah  di penjara dengan girang berkata, “ Apa yang dilakukan oleh musuh-musuh terhadapku, padahal jannah ada di hatiku, jika aku di penjara itu adalah khalwah (kesempatan menyendiri dengan Allah), jika aku di usir itu adalah tamasya dan jika aku di bunuh itu adalah syahid.”

Yang demikian itu kerana kenikmatan yang hakiki ada di hati, berbeza dengan kesenangan nisbi seperti lazatnya makanan, nikmatnya berzina segarnya khamr yang ketika telah berlalu tidak lagi tersisa kebahagiaannya.

Nikmat hati yang dirasakan oleh orang mukmin inilah yang di katakana Ibn Qayyim al-Jauziyah; “ Di dunia ini ada jannah barabgsiapa yang tidak memasukinya, nescaya dia tidak akan memasuki jannah yang kedua.” Jannah yang beliau maksudkan bukanlah syurga bagi irang kafir seperti dalam hadis ini. Akan tetapi jannah di hati, nikmat iman. Banyak dalil yang menunjukkan bahawa seorang mukmin merasa nikmat dengan iman dan ibadahnya. Seperti Nabi yang bersabda kepada Bilal: “Hiburlah hati kita dengan solat wahai Bilal”.
Atau hadis Nabi:

“Tiga perkara apabila ada pada seseorang beerti dia telah merasakan nikmatnya iman; Allah dan RasulNya lebih di cintainya, tidak mencintai seseorang mealinkan kerana Allah dan benci kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya sebagaimana benci jika di lempar ke neraka” – HR Bukhari-
Inilah bukti bahawa seorang yang menyandang iman akan merasakan nikmat. Subhanallah, jika penjara laksana jannah, bagaimana halnya di akhirat?

DISYURGA PUN MENDERITA

Jika di sebutkan dalam hadis ini bahawa dunia adalah syurga bagi orang kafir, bukan beerti mereka merasakan nikmat yang hakiki di dunia. Bahkan hatinya pun menderita dan terseksa. Akan tetapi penderitaan tersebut memang tidak seberapa bila di bandingkan dengan seksa yang dijanjikan bagi mereka di akhirat. Allah menyebutkan seksa bagi mereka di dunia; “ Maka janganlah harta benda dan anak-anak mereka menarik hatimu. Sesungguhnya Allah menghendaki dengan (memberi) harta dan anak-anak itu  untuk menyiksa mereka di dunia”- al-Taubah:55-

Barangkali anda hairan, bagaimana Allah menyiksa orang kafir di dunia berupa banyaknya harta dan anak, bukankah itu berupa kenikmatan? Begitulah Allah Maha Mengetahui apa yang mereka rasakan.

Jangan di sangka bahawa ayat di atas hanya terbatas pada seksa neraka sahaja, bahkan hal itu berlaku di tiga alam, yakni di dunia, di barzakh dan di Daarul Qarar. Dan adakah nikmat selain nikmatnya hati? Dan adakah azab selain azab yang menimpa hati ? Azab yang manakah yang lebih berat dari rasa takut, susah, gelisah dan dada yang sempit serta berpalingnya ia dari Allah dan hari akhirat sedangkan hatinya terkait dengan selain Allah? Setiap sesuatu yang terkait dan cinta kepada selain Allah maka dia akan merasakan pedihnya azab tiga alam.

Pertama azab di dunia, ke dua adalah barzakh, ketiga tatkala apa yang ia dapatkan akhirnya lenyap darinya maka semakin terseksalah ia. Inilah siksa baginya di dunia ini.

Maka sejauh manakah kebahagiaan mereka jika di banding dengan orang yang hatinya merasa dekat dengan Rabbnya, Jika syurga (di dunia ini) adalah seksa bagi mereka lalu bagaimana dengan nerakanya?

Wallahua’lam









0 comments:

Man Ana?? (^_^)

anak kelahiran negeri tanah sekebun bunga ini di beri nama yg cukup indah, siti nor izliana nordin, merupakan anak ke 6 drp 8 adik-beradik, sekarang sedang belajar di universiti kebangsaan malaysia (ukm) bangi dlm bidang pengajian arab & tamadun islam, pernah melalui detik kenangan indah sebagai pelajar maahad muhammadi (p) dan seterusnya melakar cita-cita murni di maahad rahmaniah 2008.. apa yg dia harapkan adalah sebuah kejayaan yg bakal menjulang nama diri, keluarga, bangsa, agama, dan negaranya

::pr0L0g::


tiada berdaya untuk menulis.
cube untuk ketawa walau perit yg dirasai.
cuba berlaku gembira dgn kesedihan yg diberi.
disaat luaran cuba berlagak
mengatakan senyuman
dalaman menangis tanpa henti.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP