:: sEbagaimaNa AsiNgnya isLam itu dAtaNg, bEgitu jUga kAfiLah iNi, dAgaNg & teRasiNg::

:: sEbagaimaNa AsiNgnya isLam itu dAtaNg, bEgitu jUga kAfiLah iNi, dAgaNg & teRasiNg::
Dikuasakan oleh Blogger.

::Mahabbah::

:: makna sebuah KECANTIKAN ::

>> Isnin, 4 April 2011







Usah terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya kepada anda, sedangkan anda merasakan tiada apa-apa istimewanya anda. Begitulah hebat dan misterinya kehidupan. Ukuran manusia tentang kecantikan dan ketampanan memang tidak pernah sama. A da orang mabuk dengan seseorang sedangkan menurut pandangan orang lain, wajah semacam itu tidak perlu di mabuk-mabukkan. Misterinya suara hati memang sukar di baca. Tidak ada sebarang alat untuk di baca. Tidak ada sebarang alat untuk mengukur makna cantik atau tampan pada seseorang. Ukuran cantik atau tampan ini, sentiasa berlainan antara seseorang  dengan seseorang yang lain.


Maka itu, usah hairan jika seseorang wanita dinobatkan sebagai ratu dunia, padahal ramai lagi wanita-wanita lain yang kita rasakan mengatasi kecantikan ratu itu. Begitu juga, mungkin ada wanita di kampung kita, kita rasakan lebih cantik daripada para model yang popular. Sebab apa? Sebab persepsi kecantikan tidak sama antara manusia. Ada orang menafsirkan kecantikan itu, mata yang bundar tetapi ada orang merasakan yang sepet seperti Jepun atau Cina itu yang lebih menawan. Di sebuah kawasan terpencil di utara Thailand, terdapat sekelompok manusia yang menafsirkan cantik itu leher yang jinjang.  Maka para wanita, memakai besi lilit di leherb untuk memanjangkan lehernya masing-masing. Alangkah seksanya untuk menjadi cantik menurut penilaian masyarakati ini.


Begitu juga di sebuah penempatan di Afrika, cantik di tafsirkan mulut yang lebar. Semakin lebar mulut semakin cantiklah mengikut ukuran kelompok ini. Maka para lelaki dan wanitanya memakai piring besi berbentuk bulat di mulutnya.
Begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan tampan. Jadi, usah terlalu susah hati jika anda mersakan anda tidak begitu menarik. Anda tetap menarik di mata orang yang menafsirkan kecantikan itu bukan sekadar wajah tetapi mungkin keseluruhan anda. Ini termasukah gaya jalan anda, cara anda bertutur, pendirian serta sikap anda terhadap sesuatu perkara.


Sebenarnya tiada manusia yang buruk lantaran setiap daripada kita ini, dicipta oleh Tuhan yang Maha Bijaksana. Masakan ciptaan Tuhan itu tidak cantik. Malah dalam islam kecantikan bukan terletak pada wajah atau keturunan tetapi apa yang ada di dalam hati. B aik sang hati, baikklah seluruh badan, jahat sang hati jahatlah seluruh badan. Agama menilai kecantikan itu, iman yang teguh dan padu.


Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan Tuhan? Sudah tentu kita tidak layak. Tetapi ramai yang mempertikai Tuhan setiap kali menghadap cermin. Berkacalah tatkala bercermin sebab dengan berkaca cermin akan memberitahu anda apakah anda yang berdiri di situ atau perasaan dan keegoan anda yang menampani.


Siapa anda, anda sendiri yang menentukan.Pandangan manusia semuanya tidak sama.Sejuta yang mengata anda tidak indah, sepuluh juta mungkin mengatakan yang sebaliknya. Hanya anda yang belum bertemu muka dengan yang sepuluh juta itu!






0 comments:

Man Ana?? (^_^)

anak kelahiran negeri tanah sekebun bunga ini di beri nama yg cukup indah, siti nor izliana nordin, merupakan anak ke 6 drp 8 adik-beradik, sekarang sedang belajar di universiti kebangsaan malaysia (ukm) bangi dlm bidang pengajian arab & tamadun islam, pernah melalui detik kenangan indah sebagai pelajar maahad muhammadi (p) dan seterusnya melakar cita-cita murni di maahad rahmaniah 2008.. apa yg dia harapkan adalah sebuah kejayaan yg bakal menjulang nama diri, keluarga, bangsa, agama, dan negaranya

::pr0L0g::


tiada berdaya untuk menulis.
cube untuk ketawa walau perit yg dirasai.
cuba berlaku gembira dgn kesedihan yg diberi.
disaat luaran cuba berlagak
mengatakan senyuman
dalaman menangis tanpa henti.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP