:: sEbagaimaNa AsiNgnya isLam itu dAtaNg, bEgitu jUga kAfiLah iNi, dAgaNg & teRasiNg::

:: sEbagaimaNa AsiNgnya isLam itu dAtaNg, bEgitu jUga kAfiLah iNi, dAgaNg & teRasiNg::
Dikuasakan oleh Blogger.

::Mahabbah::

surat untuk SAHABAT

>> Ahad, 3 April 2011


SETANGGI UKHUWWAH
BERSZA 2011
Kecintaan sesama saudara islam kerana Allah


Assalamualaikum w.t.h

“tidaklah dua orang yang saling mencintai kerana Allah, melainkan orang yang paling di cinta Allah di antara keduanya ialah orang yang paling besar cintanya kepada saudaranya”- Ibn Hibban & al-Hakim-

Sahabat,

Rasa cinta adalah fitrah manusia. Kerananya percintaan adalah rentangan waktu kehidupan manusia yang akan mereka lalui dengan keindahan dan haru-biru. Cinta yang tulus insyaAllah akan menyelematkan manusia dari api neraka yang maha dasyat panasnya. Cinta tulus, terbesar dan hakiki adalah cinta kepada Allah. Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah sabda Rasulullah s.a.w melalui Anas r.a: “ ada tiga perkara yang barangsiapa dalam dirinya terdapat ketiga-tiga perkara itu, dia pasti merasakan manisnya iman; Allah dan RasulNya lebih di cintainya daripada orang lain,mencintai seseorang yang tiada lain kerana Allah dan tidak ingin kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan Allah sebagaimana dia tidak ingin kalau dicampakkan ke dalam api neraka”.

Sahabat,

Sesungguhnya persaudaraan kita merupakan buah daripada ketinggian akhlak dan tafarruq (perpecahan )kita merupakan akibat daripada rendahnya akhlak. Akhlak yang bagus membuahkan rasa saling cinta, saling sayang dan saling memberi manfaat. Kerana itu, cinta melahirkan ukhuwwah. Ukhuwwah yang telah digambarkan secara mengharukan oleh Bilal, Amar, dan Zaid atau Umar, Ali dan Usman yang bersanding dan bercinta kerana Allah. Kasih-sayang diantara mereka merupakan janin ukhuwwah yang dikandung di dalam perut iman dan terlahir dari ibu yang bernama iman. Ukhuwawah beerti bersatunya hati-hati dan ruhnya terikat dengan akidah yang amat kuat. Sementara perpecahannya adalah gambaran kekufuran yang menempatkan keimanan dan kasih-sayang di tempat sampah. Oleh kerana itu, manusia yang benar fikrahnya adalah manusia yang melihat saudaranya lebih utama di banding dengan dirinya sendiri. Jika perkara itu terjadi maka ukhuwwah akan terasa indah, manis dan nikmat.

Sahabat,
Persaudaraan dan saling mencintai kerana Allah adalah satu ibadah yang paling utama dalam agama kita. Sesiapapun  yang berupaya mewujudkannya, tiada perkara lain baginya kecuali syurga yang maha indah. Rasulullah s.a.w bersabda: “ Barangsiapa yang bersaudara kerana Allah maka Allah akan mengangkatnya satu darjatnya di syurga yang tidak didapatinya dengan suatu amalan lainnya”. Ibn Jarir meriwayatkan sabda Rasulullah dari Ibn Abbas r.a berkata: Barangsiapa yang mencintai seseorang kerana Allah, membenci seseorang kerana Allah, & memusuhi seseorang kerana Allah maka sesungguhnya kecintaan dan pertolongan daripada Allah boleh di peroleh dengan perkara tersebut: seorang hamba  tidak akan menemukan nikmatnya iman sekalipun banyakknya solat dan puasa sehingga dia bersikap demikian. Persahabatan di antara manusia pada umumnya didasarkan atas kepentingan dunia, namun perkara itu tidak berguna sedikitpun bagi mereka.

Sahabat,
Cinta seorang mukmin adalah kekuatan. Ia bagaikan perekat yang mengikat batu bata individu muslim dalam sebuah bangunan yang kukuh dan tidak mudah roboh. Allah berfirman: “Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara” – al-Hujurat: 10. Sementara Rasulullah bersabda : “ Mukmin yang satu terhadap mukmin yang lain bagaikan bangunan yang mengikat antara sebahagian dengan sebahagian yang lain.”

Sahabat,

Persaudaraan islam bukanlah suatu permasalah sampingan dalam islam, tetapi ia menjadi salah satu dasar yang menyertai syahadah (penyaksian) terhadap keesaan Allah dan kesaksian terhadap kerasulan Muhammad s.a.w. Persaudaraan merupakan buah konsekuensi keimanan yang amat indah. Kerana itu, kita harus sama-sama yakin bahawa keindahanNya qadim, keagunganNya tinggi, kekuasaan dan penguasaanNya Maha Dasyat. Sungguh tiada cinta yang hakiki kecuali cintaNya kepada kita sebagai makhlukNya. Adakah kita mersakan semuanya?.

Sahabat,

Rasulullah pernah memberikan nasihat kepada para sahabat: “Hendaklah kalian mengharapkan kemuliaan daripada Allah” para sahabat bertanya, “Apakah yang di maksudkan itu ya Rasulullah? “ beliau bersabda; “ Hendaklah kalian menghubunglan tali silaturrahim kepada orang yang telah memutuskannya, memberi sesuatu (hadiah) kepada orang yang tidak memberi sesuatu kepada kalian dan hendaklah kalian bersabar ( tidak lekas marah) kepada orang yang menganggap kalian bodoh”- Hakim. Dalam hadis lain dikisahkan pula, “ Mahukah kalian aku tunjukkan amal yang lebih besar pahalanya daripada solat dan puasa? Tanya Rasulullah kepada sahabat, “tentu sahaja” jawab mereka, lalu baginda bersabda; “ Engkau damaikan yang bertengkar, menyambung persaudaraan yang terputus, mempertemukan kembali saudara yang terpisah, menjambatani berbagai kelompok dalam islam dan mengukuhkan tali persaudaraan antara mereka adalah amal soleh yang besar pahalanya. Barangsiapa yang ingin di panjangkan umur, hendaklah dia menyambung tali silaturrahim – Bukhari & Muslim.

Sahabat,

Bagaimana mungkin hidup kita akan tenang kalau di dalam hati masih tersimpan kebencian dan rasa permusuhan kepada sesama muslim. Silaturrahmi adalah kunci terbukanya rahmat dan pertolongan Allah. Dengan terhubungnya silaturrahmi maka ukhuwwah islamiah akan terjalin dengan baik. Bagaimanapun besarnya umat islam secara kuantitatif, sama sekali tidak ada ertinya bila di dalamnya tidak bersatu dan bekerjasama untuk taat kepada Allah.

SEKIAN SAHABAT








LEPAS PROGRAM ESA 2010

0 comments:

Man Ana?? (^_^)

anak kelahiran negeri tanah sekebun bunga ini di beri nama yg cukup indah, siti nor izliana nordin, merupakan anak ke 6 drp 8 adik-beradik, sekarang sedang belajar di universiti kebangsaan malaysia (ukm) bangi dlm bidang pengajian arab & tamadun islam, pernah melalui detik kenangan indah sebagai pelajar maahad muhammadi (p) dan seterusnya melakar cita-cita murni di maahad rahmaniah 2008.. apa yg dia harapkan adalah sebuah kejayaan yg bakal menjulang nama diri, keluarga, bangsa, agama, dan negaranya

::pr0L0g::


tiada berdaya untuk menulis.
cube untuk ketawa walau perit yg dirasai.
cuba berlaku gembira dgn kesedihan yg diberi.
disaat luaran cuba berlagak
mengatakan senyuman
dalaman menangis tanpa henti.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP