:: sEbagaimaNa AsiNgnya isLam itu dAtaNg, bEgitu jUga kAfiLah iNi, dAgaNg & teRasiNg::

:: sEbagaimaNa AsiNgnya isLam itu dAtaNg, bEgitu jUga kAfiLah iNi, dAgaNg & teRasiNg::
Dikuasakan oleh Blogger.

::Mahabbah::

:: PERMATA HIASAN DUNIA ::

>> Jumaat, 3 Jun 2011


---------ASY-SYIFAA'-------
ILMUAN WANITA
YANG DISUKAI RASULULLAH


   Kedudukan wanita pada zaman jahiliyyah telah sedia dimaklumi hina sehingga di tanam hidup2 sewaktu kecil.Kedatangan islam membawa sejuta harapan yang meletakkan wanita di tempat yang mulia.

    Seruan tauhid yang dibawa oleh Rasulullah tidak hanya disahut oleh para yang dahagakan kebenaran malah mendapat juga sambutan dari kalangan wanita 2 yang rindukan pembelaan, mengiringi sambutan peringkat awal islam ini tidak terkecuali seorang wanita pintar yang merintis jalan intelektual buat Muslimah sejagat.

Dia memiliki akal fikiran yang cerdas disertai oleh jiwa dan roh yang bersih serta sentiasa sedar terhadap kebenaran.Di tambah lagi dengan kemahirannya membaca dan menulis serta kepakarannya mengubati badan dan jiwa yang tidak sihat.Peribadinya diperindahkan lagi dengan sifat kelembutan dan kematangan.

Dialah Asy-Syifaa' binti Abdullah bin Abu Syams bin Khalaf Al-Quriasyiah.Pada waktu itu memang sukar mencari wanita arab yang terhimpun semua sifat demikian.Justeru itu Rasulullah SAW memberikan perhatian untuk memartabatkan keistimewaan tersebut bagi menyuluh jalan keilmuan di kalangan wanita islam.


    Asy-Syifaa' dijadikan idola ilmu yang memecahkan tradisi buta huruf di kalangan wanita yang awal memeluk islam.Dia bukan sahaja bertugas sebagai tabib wanita,malahan dia turut mengajar kaum Muslimah menulis dan membaca.


  Perjalanan hidup Asy-Syifaa' tidak terkecuali dari peristiwa penting hijrah ke Madinah. Malahan selepas menyertai hijrah keMadinah,peranan Asy-Syifaa' semakin menonjol sebagai suatu madrasah / pusat   ilmu pelajaran bagi kaum wanita.

Walaupun segala kepakaran Asy-Syifaa' sentiasa menerima pengiktirafan dari Rasulullah SAW,namun beliau sentiasa berulang-alik meminta kepastian Rasulullah berkaitan tatacara pengubatannya agar tidak menyalahi ketentuan syara'.


  Tumpuan kepakaran Asy-Syifaa' tidak terbatas sebagai tabib wanita sahaja malahan beliau turut merawikan hadis 2   nabi SAW.Kekerapan beliau berulang-alik meminta bimbingan Rasulullah SAW di sertai ketajaman akal fikirannya memudahkan beliau menyimpan banyak sabda 2 Rasulullah SAW serta menyampaikan kepada orang ramai dengan jelas.


Asy-syifaa' telah Allah lanjutkan usianya kezaman Khalifah Umar bin Al-Khattab r.a. Khalifah Umar sendiri meminta nasihat Asy-Syifaa' serta memuliakan kedudukannya seperti mana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Akhirnya Asy-Syifaa' kembali ke rahmatullah pada tahun 20 hijrah dengan meninggalkan kesan yang besar kepada perkembangan ilmu di kalangan Muslimah.

    Meskipun peristiwa kehidupan Asy-Syifaa' telah lama berlalu,namun ia masih sesuai di jadikan idola ilmu pada hari ini.Marilah kita terapkan nilai 2 mulia ini di dalam kehidupan kita selaku remaja puteri.Tambahan pula usia muda yang kita miliki adalah masa yang subur menimba ilmu sebanyak yang mungkin bagi mentadbir masalah hidup pada masa hadapan.Kecergasan fizikal dan ketajaman minda ketika usia muda ini merupakan modal yang paling besar yang membawa hasil lumayan.

     Generasi hari ini adalah pemimpin hari esok.Remaja puteri khasnya bertanggungjawab mendidik generasi masa hadapan.Mahukah kita hidup dalam kejahilan yang gelap dan melucutkan martabat insan Muslim? Semua jawapannya ada dalam kemahuan kita.





0 comments:

Man Ana?? (^_^)

anak kelahiran negeri tanah sekebun bunga ini di beri nama yg cukup indah, siti nor izliana nordin, merupakan anak ke 6 drp 8 adik-beradik, sekarang sedang belajar di universiti kebangsaan malaysia (ukm) bangi dlm bidang pengajian arab & tamadun islam, pernah melalui detik kenangan indah sebagai pelajar maahad muhammadi (p) dan seterusnya melakar cita-cita murni di maahad rahmaniah 2008.. apa yg dia harapkan adalah sebuah kejayaan yg bakal menjulang nama diri, keluarga, bangsa, agama, dan negaranya

::pr0L0g::


tiada berdaya untuk menulis.
cube untuk ketawa walau perit yg dirasai.
cuba berlaku gembira dgn kesedihan yg diberi.
disaat luaran cuba berlagak
mengatakan senyuman
dalaman menangis tanpa henti.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP