:: sEbagaimaNa AsiNgnya isLam itu dAtaNg, bEgitu jUga kAfiLah iNi, dAgaNg & teRasiNg::

:: sEbagaimaNa AsiNgnya isLam itu dAtaNg, bEgitu jUga kAfiLah iNi, dAgaNg & teRasiNg::
Dikuasakan oleh Blogger.

::Mahabbah::

:: Menyoroti Sejarah Muslimah 2 ::

>> Selasa, 20 Disember 2011

--------ATIKAH BINTI ZAID--------


Atikah binti Zaid adalah seorang wanita mulia yang memiliki beberapa kemuliaan dan keistimewaan. Ayahnya bernama Zaid bin Amr bin Nufayl yang merupakan sahabat Nabi s.a.w yang hebat di zamannya. Ibunya pula bernama Ummu Kuraiz binti al-Hadrami anak saudara kepada al-‘Ala bin al-Hadrami yang merupakan sahabat Rasulullah s.a.w yang terkemuka.

 Saudara kandung Atikah pula iaitu Sa’id bin Zaid adalah salah seorang 10 sahabat yang dijamin masuk syurga. Kerana itu Atikah sangat bertuah kerana memiliki keturunan yang baik dan mulia.
Kemuliaan itu ditambah lagi dengan pernikahan Atikah dengan lelaki yang telah dijamin masuk syurga. Suami Atikah yang pertama ialah Abdullah bin Abu Bakr. Kerana kecantikan dan kejelitaan yang ada pada Atikah menyebabkan Abdullah berat hati untuk turun berperang. Perkara ini merisaukan ayahnya Abu Bakr. Beliau segera menyuruhnya anaknya menceraikan Atikah supaya Abdullah dapat menumpukan tumpuan kepada peperangan.

 Abdullah terpaksa akur dengan kehendak bapanya. Akhirnya dia menceraikan Atikah. Namun perasaan cintanya kepada Atikah sentiasa mekar. Saban hari Abdullah melantunkan puisi-puisi yang amat menyentuh hati sesiapa yang mendengarnya termasuklah Abu Bakr. Selepas itu Abu Bakr mengizinkan  anaknya merujuk kembali  Atikah.

Setelah beberapa lama, ketika tentera Muslimin mengepung kota Tha’if, Abdullah luka parah akibat terkena anak panah. Dia akhirnya syahid di Madinah. Saat itulah Atikah pula melantun puisi di atas pemergian suami yang tercinta.
Setelah berakhir iddahnya, Atikah dilamar pula oleh Umar bin al-Khattab. Sepanjang hidup bersama Umar,  Atikah banyak mendalami ilmu, kezuhudan dan kesederhanaan. Atikah juga mendapat kedudukan yang terhormat di sisi sahabat agung ini.

Namun kebahagiaannya tidak lama. Khalifah Umar terbunuh kerana ditikam dengan belati oleh seorang penganut agama Majusi iaitu Abu Lu’lu’ah. Sekali lagi Atikah menangisi pemergian suami tercinta dan melakar kesedihannya di dalam bait-bait puisinya.
Setelah beberapa lama Atikah dilamar pula oleh Zubair bin al-Awwam yang juga salah seorang sahabat yang dijamin masuk syurga. Zubair merupakan  Hawari (pengawal setia) Rasulullah s.a.w. Beliau juga merupakan seorang penunggang kuda yang cekap sewaktu di medan perang.
Sepanjang peperangan yang dilalui, Zubair tidak pernah ketinggalan menyertainya. Atikah juga mengetahui bahawa suaminya ini juga termasuk orang yang akan mati syahid kerana telah dikhabarkan oleh baginda Nabi s.a.w sebelum ini.

 Namun Atikah merelakan jua pemergian Zubair walaupun hanya sekejap sahaja untuk bersama. Zubair syahid di lembah al-Siba’ dekat kota Basrah. Beliau di bunuh oleh Ibn Jarmuz ketika pulang dari ekspedisi peperangan.
Atikah tetap redha menerima takdir tersebut. Di sebalik kesedihan tersebut, Atikah sangat beruntung kerana semua suaminya adalah orang yang dijamin masuk syurga. Sehingga ada orang mengatakan, “Jika ingin masuk syurga, kahwinlah dengan Atikah bint Zaid.”

Atikah meninggal dunia pada zaman awal pemerintahan Muawiyah bin Abi Sufyan r.a iaitu pada tahun 41 Hijrah. Semoga Allah meredhainya.




0 comments:

Man Ana?? (^_^)

anak kelahiran negeri tanah sekebun bunga ini di beri nama yg cukup indah, siti nor izliana nordin, merupakan anak ke 6 drp 8 adik-beradik, sekarang sedang belajar di universiti kebangsaan malaysia (ukm) bangi dlm bidang pengajian arab & tamadun islam, pernah melalui detik kenangan indah sebagai pelajar maahad muhammadi (p) dan seterusnya melakar cita-cita murni di maahad rahmaniah 2008.. apa yg dia harapkan adalah sebuah kejayaan yg bakal menjulang nama diri, keluarga, bangsa, agama, dan negaranya

::pr0L0g::


tiada berdaya untuk menulis.
cube untuk ketawa walau perit yg dirasai.
cuba berlaku gembira dgn kesedihan yg diberi.
disaat luaran cuba berlagak
mengatakan senyuman
dalaman menangis tanpa henti.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP