::Mahabbah::
Aku yang masih tidak mengerti
Kalau orang yang masih terus- menerus berdusta, aku tidak akan mengerti di perbuat dari apakah lidah mereka sehingga teramat hebat merangkai kata-kata indah menutupi kebenaran, menyembunyikan hakikat mengedepankan kepalsuan. Padahal sekali sahaja berdusta sudah sedemikian lelahnya kita berfikir untuk mencari segudang alasan baru untuk dusta berikutnya, sudah sebegitu kelunya lidah ini terpaksa menari mengikut irama gendang kepalsuan yang tidak berkesudahan.
Jika masih ada sebahagian orang yang masih mencaci, menghina, mengata, berprasangka buruk dan mengecil-ngecilkan saudaranya, aku tidak tahu, sekuat apa penciuman dan mulutnya kerana pada saat itu, ia seperti sedang memakan bangkai daging saudaranya sendiri.
Seandainya masih beredar-edar orang yang tidak hentinya berperilaku sombong, angkuh dan takbur, aku tidak akan habis berfikir , sebesar apa dirinya sehingga sangat lancang menentang kebesaran Tuhannya, dan sekuat apa tubuhnya kelak menanggung akibat dari kesombongan.
Sekiranya tetap hidup manusia-manusia yang enggan menyisihkan sebahagian harta yang dimilikinya, sementara bertebaran di seluruh penjuru bumi Allah ini anak-anak yatim piatu, fakir miskin dan orang- orang yang lebih memerlukannya .. aku semakin hairan, apakah ia selalu berfikir bahawa semua yang diperolehinya itu murni oleh hasil jerih payahnya? Tidakkah ia mengetahui bahawa semua yang ada padanya itu adalah atas kehendak Allah; Pemberi rezeki? Yang seandainya Dia berkehendak dengan sangat mudah pula Dia mengambilnya?
Doa sewaktu bersujud:
Ya Allah tambahkanlah bagi hamba rezeki yang halal lagi banyak,iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih, dan kejayaan yang besar,
Langgan:
Catatan (Atom)