:: sEbagaimaNa AsiNgnya isLam itu dAtaNg, bEgitu jUga kAfiLah iNi, dAgaNg & teRasiNg::

:: sEbagaimaNa AsiNgnya isLam itu dAtaNg, bEgitu jUga kAfiLah iNi, dAgaNg & teRasiNg::
Dikuasakan oleh Blogger.

::Mahabbah::

::Makna Kasih- Sayang::

>> Isnin, 27 Februari 2012

MAKNA KASIH SAYANG

Dunia Allah jadikan cantik pada pandangan mata, ia dihias dengan pelbagai nikmat, keindahan dan kebahagiaan –rumah-rumah kediaman, taman-taman bunga, makanan lazat, anak-anak yang menghiburkan dan lain-lain. Antara seorang dengan seorang yang lain tidak sama kadar dunia yang dapat dimilikinya. Ada yang dapat memiliki rumah yang besar, pangkat tinggi, memperoleh sanjungan manusia,makanan yang enak-enak. Namun ada juga yang hanya duduk di pondok buruk di pandang hina oleh orang dan makan hanya sekadar untuk mengalas perut.

Apakah ini bermaksud Allah tidak memberikan dunia sama banyak dan sama rata kepada setiap hamba-hambaNya? Walhal tentulah setiap hamba itu mendapat kasih-sayang Allah kerana setiap yang Allah jadikan, Allah kasih melebihi kasih seorang ibu kepada anaknya. Tetapi takdir yang ditentukan Allah tetap tidak sama, sesetengahnya di luar kehendak hamba itu sendiri.

Kasih-sayang Allah akan dimiliki oleh hamba-hambaNya yang dapat tunduk kepada takdir Allah. Sama ada dia ditakdirkan untuk menjadi orang yang senagn mahupun sebaliknya namun dia tetap rela dan tidak merungut suatu apa pun. Dia tahu bahawa sesungguhnya Allah tidak menzalimi hambanya. Kalaulah takdir yang ditentukan itu, baika maka di sinilah peluangnya untuk menjadi hamba yang bersyukur yang dapat memanfaatkan kebaikan yabg diperolehinya itu bukan untuk dirinya seorang tapi dapat dirasai oelh orang lain.

Kalaulah ditakdirkan kaya, dengan kekayaan itu, dia akan dapat membantu orang yang susah, anak-anak yatim, fakir miskin serta melakukan kerja-kerja kebajikan yang lain. Sehingga dia menjadi lebih hampir kepada Allah dan mendapat rahmat serta kasih-sayangNya.

Sebaliknya orang yang ditakdirkan menerima nasib yang kurang baik namun dia sanggup bersabar walaupun dalam seribu kepahitan maka Allah akan membalas dengan rahmatnya. Allah akan hiburkan dengan dikurniakan kekayaan hati.

Hati yang kaya adalah hati yang sentiasa berbahagia dengan kebaikan. Hati yang sentiasa merasa ringan menghadapi kesusahan atau kemiskinan. Nasib malang yang menimpa dirinya sedikit pun tidak menyusahkan hatinya. Sebaliknya segala kejadian dan keadaan yang ada itu makin membuat dia terus bergantung hati bertawakal dan menyerah diri kepada Allah.
Dia cukup yakin Allah itu Maha Bijaksana, Maha Suci Allah dari tersilap dalam menetukan takdir dalam perjalanan hidup hambaNya. Allah Maha Adil oleh itu apa sahaja nasib yang menimpa dirinya tentulah hasil daripada sifat-sifat adilNya. Justeru itu akan membuatkan hatinya makin redha, merendah diri dan semakin hampirlah hatinya kepada Allah.
Seorang hamba yang tidak redha dengan takdir ataupun nasib yang menimpa dirinya, seolah-olah dia tidak yakin pada keadilan dan kebijaksanaan Allah. Seolah-olah menganggap Allah tidak tahu kehendak hatinya. Walhal kerana Maha Tahunya Allah yang ilmunya meliputi segala sesuatu, maka Allah memutuskan takdir yang sebaik-baiknya untuk hambaNya.

Walaupun pada pandangan si hamba takdir itu tidak baik, namun sekiranya dia benar-benar berserah diri kepada Allah pastinya akan memperoleh keuntungan daripada takdir tersebut. Sebaliknya sekiranya seseorang itu direzekikan dengan takdir yang baik dalam hidupnya, selalunya akan membuatnya gembira bangga dan hingga lalai sehingga lupa kepada Yang Memberi, maka takdir yang dianggap baik itu sebenarnya sudah tidak menguntungkan dirinya keran telah menjauhkan dirinya sendiri daripada Allah.

Apa yang patut dilakukan oleh seorang hamba itu adalah redah menerima segala ketentuan atau takdir Allah sama ada yang dianggap baik atau tidak. Kerana pada hakikatnya setiap yang ditakdirkan dan ditentukan Allah itu adalah baik. Cuma yang membezakan baik atau tidak takdir tersebut adalah hawa nafsu.


Read more...

Man Ana?? (^_^)

anak kelahiran negeri tanah sekebun bunga ini di beri nama yg cukup indah, siti nor izliana nordin, merupakan anak ke 6 drp 8 adik-beradik, sekarang sedang belajar di universiti kebangsaan malaysia (ukm) bangi dlm bidang pengajian arab & tamadun islam, pernah melalui detik kenangan indah sebagai pelajar maahad muhammadi (p) dan seterusnya melakar cita-cita murni di maahad rahmaniah 2008.. apa yg dia harapkan adalah sebuah kejayaan yg bakal menjulang nama diri, keluarga, bangsa, agama, dan negaranya

::pr0L0g::


tiada berdaya untuk menulis.
cube untuk ketawa walau perit yg dirasai.
cuba berlaku gembira dgn kesedihan yg diberi.
disaat luaran cuba berlagak
mengatakan senyuman
dalaman menangis tanpa henti.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP