:: sEbagaimaNa AsiNgnya isLam itu dAtaNg, bEgitu jUga kAfiLah iNi, dAgaNg & teRasiNg::

:: sEbagaimaNa AsiNgnya isLam itu dAtaNg, bEgitu jUga kAfiLah iNi, dAgaNg & teRasiNg::
Dikuasakan oleh Blogger.

::Mahabbah::

:: PERMATA HIASAN DUNIA ::

>> Jumaat, 3 Jun 2011


---------ASY-SYIFAA'-------
ILMUAN WANITA
YANG DISUKAI RASULULLAH


   Kedudukan wanita pada zaman jahiliyyah telah sedia dimaklumi hina sehingga di tanam hidup2 sewaktu kecil.Kedatangan islam membawa sejuta harapan yang meletakkan wanita di tempat yang mulia.

    Seruan tauhid yang dibawa oleh Rasulullah tidak hanya disahut oleh para yang dahagakan kebenaran malah mendapat juga sambutan dari kalangan wanita 2 yang rindukan pembelaan, mengiringi sambutan peringkat awal islam ini tidak terkecuali seorang wanita pintar yang merintis jalan intelektual buat Muslimah sejagat.

Dia memiliki akal fikiran yang cerdas disertai oleh jiwa dan roh yang bersih serta sentiasa sedar terhadap kebenaran.Di tambah lagi dengan kemahirannya membaca dan menulis serta kepakarannya mengubati badan dan jiwa yang tidak sihat.Peribadinya diperindahkan lagi dengan sifat kelembutan dan kematangan.

Dialah Asy-Syifaa' binti Abdullah bin Abu Syams bin Khalaf Al-Quriasyiah.Pada waktu itu memang sukar mencari wanita arab yang terhimpun semua sifat demikian.Justeru itu Rasulullah SAW memberikan perhatian untuk memartabatkan keistimewaan tersebut bagi menyuluh jalan keilmuan di kalangan wanita islam.


    Asy-Syifaa' dijadikan idola ilmu yang memecahkan tradisi buta huruf di kalangan wanita yang awal memeluk islam.Dia bukan sahaja bertugas sebagai tabib wanita,malahan dia turut mengajar kaum Muslimah menulis dan membaca.


  Perjalanan hidup Asy-Syifaa' tidak terkecuali dari peristiwa penting hijrah ke Madinah. Malahan selepas menyertai hijrah keMadinah,peranan Asy-Syifaa' semakin menonjol sebagai suatu madrasah / pusat   ilmu pelajaran bagi kaum wanita.

Walaupun segala kepakaran Asy-Syifaa' sentiasa menerima pengiktirafan dari Rasulullah SAW,namun beliau sentiasa berulang-alik meminta kepastian Rasulullah berkaitan tatacara pengubatannya agar tidak menyalahi ketentuan syara'.


  Tumpuan kepakaran Asy-Syifaa' tidak terbatas sebagai tabib wanita sahaja malahan beliau turut merawikan hadis 2   nabi SAW.Kekerapan beliau berulang-alik meminta bimbingan Rasulullah SAW di sertai ketajaman akal fikirannya memudahkan beliau menyimpan banyak sabda 2 Rasulullah SAW serta menyampaikan kepada orang ramai dengan jelas.


Asy-syifaa' telah Allah lanjutkan usianya kezaman Khalifah Umar bin Al-Khattab r.a. Khalifah Umar sendiri meminta nasihat Asy-Syifaa' serta memuliakan kedudukannya seperti mana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Akhirnya Asy-Syifaa' kembali ke rahmatullah pada tahun 20 hijrah dengan meninggalkan kesan yang besar kepada perkembangan ilmu di kalangan Muslimah.

    Meskipun peristiwa kehidupan Asy-Syifaa' telah lama berlalu,namun ia masih sesuai di jadikan idola ilmu pada hari ini.Marilah kita terapkan nilai 2 mulia ini di dalam kehidupan kita selaku remaja puteri.Tambahan pula usia muda yang kita miliki adalah masa yang subur menimba ilmu sebanyak yang mungkin bagi mentadbir masalah hidup pada masa hadapan.Kecergasan fizikal dan ketajaman minda ketika usia muda ini merupakan modal yang paling besar yang membawa hasil lumayan.

     Generasi hari ini adalah pemimpin hari esok.Remaja puteri khasnya bertanggungjawab mendidik generasi masa hadapan.Mahukah kita hidup dalam kejahilan yang gelap dan melucutkan martabat insan Muslim? Semua jawapannya ada dalam kemahuan kita.





Read more...

:: INSAF::





Ku kerap terlupa apa yang ku pelajari di masa tua

Sedangkan yang ku pelajari di masa muda

Tidak pula ku terlupa

Takkan berkesan ilmu itu

Kecuali yang dituntut dimasa muda

Kalaulah boleh dibelah hati si pelajar di masa muda

Kelihatan ilmunya ukiran di atas batu

Ilmu itu tak akan berkesan jika dituntut di usia tua
Pabila tumpul hati

Tumpullah pendengaran dan penglihatan

Hidup manusia bergantung 2:akal dan logik

Pabila luput keduanya hidup sia 2 tidak berhaluan.






Read more...

:: SERIKANDI CINTA::

>> Khamis, 2 Jun 2011


Dialah ibu pertama yang bergelar ummu mukminin.
dialah wanita pertama yang bertakhta di hati nabi.
cintanya pada Ilahi 
bagaikan lautan yang tidak bertepi
.Cintanya pada suami 
terlalu agung untuk di tandingi.

Dialah pemilik ketulusan hati
 pewaris ketinggian budi.
Jasadnya terus berbakti
 hingga kini tiada pengganti.

Nostalgia bersamanya 
sentiasa di ingatan rasul.
Dialah penyeri 
taman hati kekasih di jalan Ilahi.

Segalanya terserlah 
ketika rasul sendiri pernah menuturkan,
sesungguhnya 
tiada siapa yang dapat menandingi Khadijah.
Dialah yang pertama yang beriman
 ketika aku di pinggirkan.
Dialah yang membelanjakan segalanya
 ketika semuanya mengaut hartanya.
Dialah yang meletakkan aku 
ke tempat yang mulia 
ketika aku sering di persenda.
Dialah yang memberikan aku
kegembiraan dan kasih sayang.
Dialah yang lahirkan anak-anakku.

Sewaktu Jibril datang
dan aku ketakutan 
dialah yang memberikan aku ketenangan
dan sebuah keyakinan bahawa
akulah rasul yang di janjikan.
Inilah serikandi cinta Rasulullah
inilah  Siti Khadijah



Read more...

:: Untukmu WaNitA::


Sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud: di nikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana kekayaannya. Kedudukannya,kecantikannya dan agamanya maka pilihlah dalam hal agamanya nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu (riwayat bukhari dan muslim).


Telah terpahat panduan syariat kebangsawanan,hartawan, dan rupawan hanyalah nilaian mata.Sesungguhnya kekayaan pada lapangnya hati, rupawan pada indahnya budi,bangsawan pada kerendahan diri yang sering sujud di tapak Ilahi.Bila pilihan lantaran agama, kekal setia buat selamanya





Read more...

:: Menyoroti Sejarah Muslimah –ZAINAB AL-GHAZALI- ::


Beliau merupakan tulang belakang kepada gerakan islam muslimat didunia arab merentasi beberapa buah Negara arab dan islam sepanjang kerjaya sebagai pendakwah islam sepenuh masa.

Beliau di lahirkan pada 2 Januari 1917 di sebuah perkampungan di wilayah Buhairah (utara kota Kaherah), daripada keluarga yang berpegang kuat kepada ajaran islam, kerana bapanya adalah salah seorang ulama’ al-Azhar yang cukup berpengaruh.

Bapanya yang bertanggungjawab mentarbiahnya dengan ilmu-ilmu agama dan sentiasa berpegang kepada kebenaran, sehingga beliau di panggil oleh bapanya dengan panggilan Nusaibah binti Kaab iaitu salah seorang sahabat wanita pada zaman Rasulullah s.a.w.
Selepas kematian bapanya ketika berusia 10 tahun, beliau di bawa ibu dan saudaranay berpindah ke Kaherah bagi meneruskan pengajiannya di situ. Sebagai seorang yang aktif dalam bidang kemasyarakatan, beliau menganggotai sebuah pertubuhan wanita liberal yang di pimpin oleh Huda Syaarawi.

Pandangan pertubuhan berkenaan, sering mendapat kritikan hebat daripada para ulama al-Azhar kerana di katakana tidak selari dengan islam walaupun sering mengadakan forum antara kedua-dua belah pihak.

Pandangan serong terhadap pertubuhan itu disifatkan amat merbahaya kepada umat islam, akhirnya melarang mana-mana wakilnya menyampaikan ceramah dan sebagainya.
Kesedaran kepada islam menyerlah dalam diri selepas sekian lama menderita kerana sakit kronik yang boleh menyebabkan kematian, ketika itu beliau bersumpah jika Allah menyembuhkan penyakitnya, beliau berjanji akan meninggalkan pertubuhan wanita yang songsang itu dan akan menubuhkan satu pertubuhan muslimah yang menumpukan perhatian kepada penyebaran dakwah islam.

Penyakitnya semakin sembuh dan beliau mengotakan janjinya untuk menubuhkan pertubuhan muslimat dengan jayanya pada tahun 1936 khusus buat kaum Hawa di seluruh 
Mesir

Dari semasa ke semasa, pertubuhan muslimat yang di asaskan telah mengadakan hubungan dengan gerakan al-Ikhwan al-Muslimin pimpinan as-Syahid Imam Hasan al-Banna iaitu pada tahun 1948 sebelum beliau mati di tembak.
Sepanjang perkenalan beliau dengan Syeikh Hasan, dia mencadangkan aga pertubuhan muslimat itu, menjadi anggota sayap ikhwan muslimin khusus bagi muslimat dan beliau di minta menerajuinya.
Gerakan Ikhwan menerima pelbagai mehnah dan tribulasi hingga ramai di kalangan pimpinannya di tangkap atas arahan perdana menteri ketika itu., Mustafa al-Nuhhas, al-Marhumah telah memainkan peranan penting unuk menghubungi isteri-isteri pimpinan yang di tangkap dan membantu mereka dengan bantuan yang di perlukan.
Tekanan demi tekanan yang di terima hingga beliau di minta oleh presiden Jamal Abd Nasir pada ketika itu agar memimpin sayap wanita Parti Sosialis, tetapi beliau menolaknya dengan keras.

Keengenannya menyertai wanita parti pemerintah telah menyebabkan Presiden Jamal mengeluarkan arahan agar pertubuhan muslimat pimpinan beliau dibekukan, segala bahan penerbitannya di hentikan. Beliau kemudian di tangkap pada Ogos 1965 dan di penjarakan selama enam tahun dengan pelbagai ujian dan tribulasi.
Beliau menceritakan semuanya dalam bukunya “Ayyam min Hayati” yang bermaksud “hari-hari dalam hidupku” yang telah di terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu oleh al-Marhum Ustaz Mohamad Daeng Mengati.

Dengan perantaraandan campur tangan dengan Raja Arab Saudi, Raja Faisal Abdel Aziz  beliau telah di bebaskan padaan pemerintahan Presiden Anwar Saddat pada Ogos 1971.


Penyebaran Dakwah Islam
Setelah beliau du bebaskan, beliau memperlihatkan kesungguhan dalam bidang dakwah hingga membuatnya terpanggil menyebarkan islam bukan sahaja dalam Negara asalnya Mesir bahkan ke beberapa buah Negara Arab dan Islam.

Beliau du katakana amat aktif dalam bidang penulisan yang dikaitkannya dengan dakwah. Pada pertengahan tahun 80 an beliau dan beberapa rombongan muslimat al-Ikhwan telah mengadakan lawatan ke Afghanistan ketika perang sedang berlangsung menghadapi kuasa besar Soviet Union  beberapa kali. Beliau bukan sahaja giat berdakwah dengan lisan menerusi pidato,ceramah, forum dan sebagainya, malah aktif dalam menulis beberapa buah kitab.

Antaranya “Nahwa Baa’ Tahun Jadid” iaitu ke arah membangkitkan era baru dan “Nazarat Fi Kitabillah” iaitu beberapa renungan terhadap kitab-kitab Allah. Beliau berpendapat bahawa masa depan kepada perkembangan dunia perlu di jana menerusi program muslimat kerana jatuh bangun sesuatu kebangkitan bermula dengan wanita.

Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 3 Ogos 2005 pada usia 88 tahun setelah bergelumang dalam bidang dakwah selama 53 tahun bersama dengan gerakan al-Ikhwan al-Muslimun, Mesir.

Jenazahnya di sempurnakan pada 4 Ogos 2005 di Masjid Ra’baah Adawiyah di Nasr City seperti yang di maklumkan ahli keluarganya yang terdekat.






Read more...

:: pabila CInTa bErbiCaRa::



Pernahkah terfikir oleh diri ketika pagi hari kita memulai aktiviti, berapa banyak orang yang mendasarkan seluruh aktivitinya atas keredhaan Allah? Setiap kali fikiran itu terlintas sepenuh syukurlah harusnya kita pada Allah bahawa ketika itu dan ketika ini kita masih mendasarkan langkah kita atas redha Allah dan sentiasa berada dalam pengawasanNya.

Satu kenikmatan untuk boleh diizinkan belajar mencintai Allah, belajar menghayati setiap hikmah dari setiap kejadian dari kehendakNya, belajar menikmati pemeliharaanNya,teguran-teguranNya yang seluruhnya adalah bukti cintaNya.Berapa banyak pelajaran yang menjadikan kita dekat kepadaNya,bersandar padaNya dan merasakan pemeliharaanNya pada seluruh makhluk ciptaanNya dan hamba yang terpilih untuk di cintai secara lebih..

Dengan seluruh bukti cintaNya masih adakah ruang yang tersisa untuk yang lain selain Dia???? Yang pasti satu yang nyata.Adalah kebahagiaan untuk dapat membawa seluruh jiwa tunduk pada Allah Rabb Yang Maha di cinta.Seperti tunduknya semesta yang tanpa penolakan sedikit pun.Seperti tunduknya raga yang sebenarnya tidak pernah tunduk pada jiwa.

Teguran untuk diri.Malu rasanya menginjak tanah yang begitu tunduk pada Allah.Malu menginjak rumput,semut yang nyata-nyata jauh lebih tunduk berbanding kita.Akhirnya sudah waktunya untuk membawa diri tunduk patuh pada Allah dengan sebenar-benarnya.Sebuah ketundukan kerana cinta yang benar, cinta yang melingkupi seluruh jiwa dan raga yang tidak menyisihkan tempat sedikitpun untuk yang lain selain Dia.

Sebuah kepatuhan yang ikhlas yang tidak lagi merasakan sebuah pengorbanan sebagai pengorbanan.Kerana tidak ada pengorbanan untuk yang Maha Yercinta.Yang ada hanya keinginan untuk mencintai  agar di cintai oleh Sang Pemilik Cinta.Tidak ada pengorbanan dalam dakwah ini yang ada hanyalah keinginan membuktikan cinta.Yang akhirnya sanggup menggeser kesabaran menjadi sebuah kesyukuran bahawa ujian pun kita merasakan itu adalah kerana cintaNya dan sebuah kesempatan untuk membuktikan cinta kita padaNya.

Bukankah kesyukuran yang layaknya dirasakan kerana pada waktu sempitlah kita dapat merasakan kebenaran cintaNya bahawa pertolonganNya amat dekat, kasih-sayangNya begitu indah dan impian berjumpa denganNya adalah sumberkebahagiaan. 

Sebuah cinta yang jujur seperti dialog tidak dapat di lupakan antara empat orang tokoh; Rabiah al-Adawiyah, Sufyan al-Thauri, Syaqiq Albikhi, dan Malik bin Dinar ketika Rabiah meminta mereka mendefinisikan kejujuran.
“tidak jujur pengakuan cinta seseorang yang tidak bersabar menahan pukulan tuannya”- Sufyan al-Thauri

“tidak jujur pengakuan seseorang yang tidak bersyukur atas pukulan tuannya” – Syaqiq al-Bikhi

“tidak jujur pengakuan seseorang yang tidak bernikmat-nikmat di pukul tuannya” – Malik bin Dinar

“tidak jujur pengakuan seseorang yang tidak melupakan pukulan ketika menghadap tuannya”  _ Rabiah al-Adawiyah

Begitu jujurnya CINTA.Ada yang begitu sabar menahan derita hidup. Ada yang begitu tahan menerima derita dakwah.Dan ada yang begitu syukur dan bahkan menikmati derita sebagai karunia.Semuanya indah terutama pada sang totalis (shahibu tajrid) yang tidak menyedari derita kerana yand ada hanyalah Dia.

Saudaraku marilah mencintai Allah dengan sebenar-benarnya cinta.Mari saling mendoakan agar kita semua terpilih untuk memiliki cinta yang jujur.Semoga Allah mengumpulkan kita semua dalam satu taman yang di sana kita saling bertukar cerita tentang semua pengalaman perang, semua usaha membuktikan kecintaan, dan tentang semua bukti cintaNya


Read more...

Man Ana?? (^_^)

anak kelahiran negeri tanah sekebun bunga ini di beri nama yg cukup indah, siti nor izliana nordin, merupakan anak ke 6 drp 8 adik-beradik, sekarang sedang belajar di universiti kebangsaan malaysia (ukm) bangi dlm bidang pengajian arab & tamadun islam, pernah melalui detik kenangan indah sebagai pelajar maahad muhammadi (p) dan seterusnya melakar cita-cita murni di maahad rahmaniah 2008.. apa yg dia harapkan adalah sebuah kejayaan yg bakal menjulang nama diri, keluarga, bangsa, agama, dan negaranya

::pr0L0g::


tiada berdaya untuk menulis.
cube untuk ketawa walau perit yg dirasai.
cuba berlaku gembira dgn kesedihan yg diberi.
disaat luaran cuba berlagak
mengatakan senyuman
dalaman menangis tanpa henti.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP