:: sEbagaimaNa AsiNgnya isLam itu dAtaNg, bEgitu jUga kAfiLah iNi, dAgaNg & teRasiNg::

:: sEbagaimaNa AsiNgnya isLam itu dAtaNg, bEgitu jUga kAfiLah iNi, dAgaNg & teRasiNg::
Dikuasakan oleh Blogger.

::Mahabbah::

::Menyoroti Sejarah Muslimah 4::

>> Jumaat, 6 Januari 2012

::UMMU KALTHUM BINTI ‘UQBAH::


Ummu Kalthum merupakan salah seorang wanita yang berhijrah dari kegelapan jahiliyyah kepada nur Islam. Nama sebenar beliau ialah Ummu Kalthum binti ‘Uqbah bin Abu Mu’aith. Ketika melihat orang yang memiliki fitrah yang lurus dan hati yang bersih memeluk Islam, dia juga turut serta dan berbaiat kepada Nabi s.a.w.

Namun beliau tidak sempat berhijrah bersama-sama Rasulullah sehinggalah pada tahun 7 Hijrah. Ini kerana Ummu Kalthum masih lagi tinggal bersama dengan orang tuanya yang kafir sehingga beliau meninggalkan Mekah selepas Perjanjian Hudaybiah.

Ummu Kalthum adalah contoh wanita mukmin yang rela hijrah untuk bergabung dengan Nabi s.a.w meskipun ayahnya adalah tokoh besar kaum kafir dan mati dalam keadaan kafir. Ayahnya termasuk kaum kafir yang menentang nabi s.a.w dan menerima kekalahan teruk sewaktu Perang Badar.

Sewaktu Perjanjian Hudaybiah di meterai, ramai dari pihak orang Islam tidak berpuas hati dan ada juga yang menentang termasuklah Ummu Kalthum. Mereka semua tidak berpuas hati kerana perjanjian tersebut berat sebelah dan memenangkan kepada kaum Qurasy Mekah. Dengan demikian, Ummu Kalthum serta penduduk Mekah yang lain terpaksa pulang ke Mekah semula.

Setelah beberapa lama, Ummu Kalthum berulang alik dari kampungnya ke Madinah. Selama empat hari tiga malam Ummu Kalthum akan pulang ke kampungnya yang jauh di pedalaman yang terletak jauh dari Tan’im. Perkara tersebut berlaku dan keluarganya sedikit pun tidak mencurigai beliau sehinggalah beliau benar-benar bertekad meninggalkan Mekah dan keluarganya.

Pada suatu hari Ummu Kalthum, sewaktu beliau ingin keluar dari Mekah, beliau bertemu dengan seorang lelaki dari suku Khuza’ah. Suku Khuza’ah waktu itu telah berbai’ah dengan Rasulullah s.a.w. Lalu Ummu Kalthum membenarkan lelaki tersebut menghantarnya ke Madinah dengan selamat. Sesampainya Ummu Kalthum di Madinah, beliau terus berjumpa dengan Ummu Salamah yang juga isteri Rasulullah s.a.w.

Ummu Kalthum menceritakan segala-galanya dan meminta agar Rasulullah s.a.w menjamin keselamatan beliau di Madinah kerana khuatir keluarganya akan mencarinya dan menuntut agar beliau di kembalikan. Bahkan beliau bertekad tidak ingin lagi kembali ke Mekah.

Ummu Kalthum menjalani hidup penuh kebahgiaan selama berada di Madinah. Beliau kemudian berkahwin dengan Zaid bin Harithah namun kemudian bercerai. Pernikahan keduanya adalah dengan Abdul Rahman bin Auf, seorang dermawan dan mempunyai kekayaan. Pasangan ini dikurnia dua orang putera iaitu Ibrahim dan Humaid. Setelah Abdul Rahman bin Auf meninggal, Ummu Kalthum dilamar pula oleh ‘Amr bin al-Ash namun tidak lama selepas itu Ummu Kalthum meninggal.

::puteri harapan srikandi Islam, tegaklah kau dalam perjuangan,
menjadi sayap kiri di medan meneguhkan benteng pertahanan Islam::

Read more...

:: Nota Dalam Perjalanan 2 ::

>> Selasa, 3 Januari 2012

::Doa sewaktu bersujud::

Ya Allah tambahkanlah bagi hamba rezeki yang halal lagi banyak, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih, dan kejayaan yang besar,







Read more...

::Nota dalam perjalanan::


Aku yang masih tidak mengerti



Kalau orang yang masih terus- menerus berdusta, aku tidak akan mengerti di perbuat dari apakah lidah mereka sehingga teramat hebat merangkai kata-kata indah menutupi kebenaran, menyembunyikan hakikat mengedepankan kepalsuan. Padahal sekali sahaja berdusta sudah sedemikian lelahnya kita berfikir untuk mencari segudang alasan baru untuk dusta berikutnya, sudah sebegitu kelunya lidah ini terpaksa menari mengikut irama gendang kepalsuan yang tidak berkesudahan.

Jika masih ada sebahagian orang yang masih mencaci, menghina, mengata, berprasangka buruk dan mengecil-ngecilkan saudaranya, aku tidak tahu, sekuat apa penciuman dan mulutnya kerana pada saat itu, ia seperti sedang memakan bangkai daging saudaranya sendiri.

Seandainya masih beredar-edar orang yang tidak hentinya berperilaku sombong, angkuh dan takbur, aku tidak akan habis berfikir , sebesar apa dirinya sehingga sangat lancang menentang kebesaran Tuhannya, dan sekuat apa tubuhnya kelak menanggung akibat dari kesombongan.

Sekiranya tetap hidup manusia-manusia yang enggan menyisihkan sebahagian harta yang dimilikinya, sementara bertebaran di seluruh penjuru bumi Allah ini anak-anak yatim piatu, fakir miskin dan orang- orang yang lebih memerlukannya .. aku semakin hairan, apakah ia selalu berfikir bahawa  semua yang diperolehinya itu murni oleh hasil jerih payahnya? Tidakkah ia mengetahui bahawa semua yang ada padanya itu adalah atas kehendak Allah; Pemberi rezeki? Yang seandainya Dia berkehendak dengan sangat mudah pula Dia mengambilnya?

Umpamanya masih hidup orang-orang yang gemar berbuat maksiat, bangga dengan dosa-dosanya sungguh aku tidak akan pernah memahami, setebal apa kulit mereka menahan api neraka Allah, sekuat tubuh orang-orang itu menerima azab Allah yang tidak pernah berhenti.



::Pada perjalanan ini,  ada persinggahan yang tidak selamanya ::





Read more...

Man Ana?? (^_^)

anak kelahiran negeri tanah sekebun bunga ini di beri nama yg cukup indah, siti nor izliana nordin, merupakan anak ke 6 drp 8 adik-beradik, sekarang sedang belajar di universiti kebangsaan malaysia (ukm) bangi dlm bidang pengajian arab & tamadun islam, pernah melalui detik kenangan indah sebagai pelajar maahad muhammadi (p) dan seterusnya melakar cita-cita murni di maahad rahmaniah 2008.. apa yg dia harapkan adalah sebuah kejayaan yg bakal menjulang nama diri, keluarga, bangsa, agama, dan negaranya

::pr0L0g::


tiada berdaya untuk menulis.
cube untuk ketawa walau perit yg dirasai.
cuba berlaku gembira dgn kesedihan yg diberi.
disaat luaran cuba berlagak
mengatakan senyuman
dalaman menangis tanpa henti.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP