:: sEbagaimaNa AsiNgnya isLam itu dAtaNg, bEgitu jUga kAfiLah iNi, dAgaNg & teRasiNg::

:: sEbagaimaNa AsiNgnya isLam itu dAtaNg, bEgitu jUga kAfiLah iNi, dAgaNg & teRasiNg::
Dikuasakan oleh Blogger.

::Mahabbah::

::uBat sEgaLa uBat::

>> Sabtu, 12 Januari 2013


UBAT SEGALA UBAT


Pada suatu ketika, seorang pesakit datang kepada seorang arif, Sufian r.a. pesakit itu bertanya kepadanya,

“Wahai Sufian aku ini menderita menyakit jauh daripada Allah Taala. Tolong berikan aku ubat penyembuhnya”

Lalu Sufian r.a berkata;
“Wahai saudaraku, hendaklah engkau mengambil beberapa buah akar keikhlasan, daun-daun kesabaran, dan perahan kerendahan hati. Letakkan semua dalam wadah ketaqwaan, lalu tuangkan ke dalam cairan rasa takut, kemudian adun dengan api kesedihan. Saringlah dengan saringan kewaspadaan dan kemudian ambil ramuan itu dengan tangan kejujuran, lalu minumlah dari gelas istighfar yang telah dicampurkan dengan air kesolehan. Sesudah itu, jauhkanlah dirimu dari rakus dan serakah”

Read more...

::1 daLam daMai::


SATU DALAM DAMAI



Abu Hurairah r.a berkata; “Pada setiap sendi manusia ada sedekah. Dan setiap hari di mana terbit matahari, lalu berlaku adil di antara dua orang dikira sedekah, membantu orang naik kenderaan juga sedekah, atau mengangkat barangnya juga adalah sedekah, dan kalimah yang baik juga sedekah, dan setiap langkah perjalanan untuk sembahyang itu sedekah dan menghilangkan gangguan di tengah jalan juga sedekah (Bukhari, Muslim)





Read more...

::indahnya bErukhuwwAh::

>> Sabtu, 5 Januari 2013


Indahnya berukhuwwah
Ukhuwwah Fillah adalah ikatan keimanan yang tegak di atas manhaj Allah. Oleh itu, ia adalah nikmat Ilahi yang di campakkan oleh Allah ke dalam hati para mukhlisin, auliya’, dan muttaqin dari kalangan hambaNya.

Ukhuwwah merupakan satu daya cetusan keimanan pada diri seseorang yang menimbulkan perasaan yang mendalam di dalam percintaan, kasih-sayang, dan saling hormat-menghormati, saling mempercayai sesama sendiri yang diikat atas teras akidah Islamiyyah, iman dan taqwa.

Oleh sebab ukhuwah fillah ini adalah percantuman antara ruh dengan ruh, ikatan hati dengan ahti, berasaskan kepada iman dan taqwa, yang mempunyai kesan yang positif, maka Allah telah menjadikan ukhuwah ini ada fadhilat dan kemuliaannya.
Sukatan Ukhuwwah;

ü Menolong dalam urusan kehidupan
ü Bekerjasama dalam sesuatu urusan
ü Membantu dalam zikrullah (mengingati Allah)

Syarat-syarat Ukhuwwah;

J Ikhlas
J Dihubungkan dengan keimanan dan ketaqwaan
J Berasaskan kepada Quran dan Sunah
J Saling nasihat-menasihati
J Saling membantu dan menjamin dalam senang dan susah

Cara untuk memperkukuhkan Ukhuwwah;

*   Beritahu bahawa kamu menyukai dan mengasihi saudaramu
*   Bersegera untuk bersalaman bila bertemu
*   Maniskan muka ketika bertemu
*   Pinta doa darinya ketika hampir berpisah
*   Perbanyakan ziarah
*   Mengucapkan tahniah mengikut situasi
* Tampakkan rasa penuh tanggungjawab untuk menyempurnakan segala hajatnya
*   Hulurkan hadiah mengikut situasi
*   Larangan dalam berukhuwwah;
*   Menghina
*   Memanggil dengan panggilan yang menyakitkan
*   Buruk sangka
*   Mengintip keaiban
*   Mengumpat
*   Iri hati & dengki
*   Bermasam muka
*   Tiada rasa hormat antara satu sama lain.

Read more...

Man Ana?? (^_^)

anak kelahiran negeri tanah sekebun bunga ini di beri nama yg cukup indah, siti nor izliana nordin, merupakan anak ke 6 drp 8 adik-beradik, sekarang sedang belajar di universiti kebangsaan malaysia (ukm) bangi dlm bidang pengajian arab & tamadun islam, pernah melalui detik kenangan indah sebagai pelajar maahad muhammadi (p) dan seterusnya melakar cita-cita murni di maahad rahmaniah 2008.. apa yg dia harapkan adalah sebuah kejayaan yg bakal menjulang nama diri, keluarga, bangsa, agama, dan negaranya

::pr0L0g::


tiada berdaya untuk menulis.
cube untuk ketawa walau perit yg dirasai.
cuba berlaku gembira dgn kesedihan yg diberi.
disaat luaran cuba berlagak
mengatakan senyuman
dalaman menangis tanpa henti.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP