:: sEbagaimaNa AsiNgnya isLam itu dAtaNg, bEgitu jUga kAfiLah iNi, dAgaNg & teRasiNg::

:: sEbagaimaNa AsiNgnya isLam itu dAtaNg, bEgitu jUga kAfiLah iNi, dAgaNg & teRasiNg::
Dikuasakan oleh Blogger.

::Mahabbah::

:: ENAM PERKARA::

>> Selasa, 31 Mei 2011





ENAM PERKARA YANG BOLEH MEMBUKA  PINTU SYURGA DAN MENUTUP PINTU NERAKA .

    Telah diriwayatkan dari Ali r.a. bahawa beliau mengatakan enam perkara yang boleh membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka iaitu, yang bermaksud:

1) Mengenal Allah,lalu mematuhi segala perintahNya.

2) Mengenal syaitan,lalu menderhakainya.

3) Mengenal akhirat,lalu mencarinya.

4) Mengenal dunia,kemudian menolaknya.

5) Mengenal yang hak,kemudian mengikutinya.

6) Mengenal yang batil,kemudian menjauhinya.






Read more...

~10 perkara sia-sia~





Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-siaiaitu:

Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri ,tetapi tidak dipohonkan doa untuk ibu bapanya sendiri dan kaum muslimin.

Orang yang kerap kali membaca al-quran tetapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.

Laki-laki yang masuk ke dalam masjid kemudian dia keluar kembali dari masjid tanpa mengerjakan solat tahiyyatul masjid.

Orang-orang yang melewati tanah perkuburan tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kuburdan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka.

Lelaki yang masuk pada hari jumaat ke suatu kota ,kemudian dia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan solat jumaat berjamaah.

Lelaki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak menggunakan kesempatan itu untuk menambahkan ilmu pengetahuan.

Dua orang lelaki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya

Lelaki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak dilayani tetamu yang di undangnya

Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu sahaja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi.

Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan sedang dia sendiri kekenyangan dalam rumahnya.   


Read more...

:: TANGISAN SI ANAK KECIL ::

(DEDIKASI BUAT ANAK-ANAK KECIL DI IRAQ)


KU DENGAR SUARA
TANGIS TERIAK SI ANAK KECIL
MERAH MATA WAJAH MUKANYA
BARANG TERKENA PELURU BUTA
KERJA SI BANGSAT HINA

TANGIS TERIAK SI ANAK KECIL
KU DENGAR MAKIN NYARING
KEMBUNG PERUT BERTULANG DADANYA
APAKAH MUSNAH LADANG KURMA BAPANYA
RETAK PECAH TEMPAYAN GANDUM IBUNYA
KERJA SI LAKNAT DURJANA

TERIAK TANGIS SI ANAK KECIL
AKU TAK TAHAN LAGI
SENYUM MONGEL NANTI DIDUKUNG
MONTOK TUBUH TAK PRLU DI SOKONG
DIA MACAM TAK APA
TAPI DARAH MENITIS DI HATI
MERATAPNASIB MEDAN IBUNDA
TERKUJURNYA WARIS DI MEDAN JIHAD

DIA TERIAK LAGI
TANGIS TAK HENTI
KU DENGAR DI TV, DI CORONG RADIO
DI AKHBAR TERKINI

ALLAH TUHANKU
SELAMATKAN SI ANAK KECIL INI
DIA DI TIMUR AKU DI BARAT
DOA KU TABUR SIMPATI KU SEMAT

KALAU DIA TERIAK LAGI
KAN PASTI MENCURAH AIR MATA INI



Read more...

::HARI INI ADALAH HARI::

>> Sabtu, 28 Mei 2011



Jika kamu berada di pagi hari jangan menunggu hingga ke petang tiba. Hari inilah yang akan anda jalani, bukan hari kelmarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan  dan bukan juga esok hari yang belum tentu datang. Hari yang saat ini mataharinya menyinari anda dan siangnya menyapa anda, inilah hari anda.

 Umur anda, mungkin tinggal hari ini. Maka anggaplah masa hidup anda hanya ada hari ini, atau seakan-akan anda dilahirkan pada hari ini dan akan mati hari ini juga. Dengan begitu, hidup anda tidak akan tercabik-cabik di antara gumpalan keresahan, kesedihan dan duka masa lalu dengan bayangan masa depan yang penuh ketidakpastian dan acapkali menakutkan.

Pada hari ini pula, sebaiknnya anda mencurahkan seluruh perhatian, kepedulian dan kerja keras. Dan pada hari inilah anda harus bertekad mempersembahkan mutu solat yang paling khusyu’, bacaan al-Quran yang sangat tadabbur, zikir dengan sepenuh hati, keseimbangan dalam segala hal, keindahan dalam akhlak, kerelaan dengan semua yang Allah berikan, perhatian terhadap keadaan sekitar, perhatian terhadap kesihatan jiwa dan raga, serta perbuatan yang baik terhadap sesama.

Pada hari di mana  anda hidup di saat inilah sebaiknya anda membahagi waktu dengan bijak. Jadikanlah setiap minitnya laksana ribuan tahun dan setiap detiknya laksana ratusan bulan. Tanamkanlah kebaikan sebanyak-banyaknya pada hari itu. Dan persembahkanlah sesuatu yang paling indah untuk hari itu. Beristighfarlah atas semua dosa, ingatlah selalu kepadaNya, bersiap–siagalah untuk sebuah perjalanan menuju alam keabadian dan nikmatilah hari ini dengan segala kesenangan dan kebahagiaan!
{maka berpegang teguhlah dengan apa yang Aku berikan kepadamu dan hendaklah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur- al-A’raf: 144}

Hiduplah hari ini tanpa kesedihan, kegalauan, kemarahan, kedengkian dan kebencian. Jangan lupa hendaklah anda goreskan pada dinding hati anda satu kalimat : hari ini adalah hari ini. Yakni bila hari ini anda dapat memakan nasi sangat harum baunya, maka apakah nasi basi yang telah anda makan kelmarin atau nasi yang hangat esok hari (yang belum tentu ada) itu akan merugikan anda?

Jika anda dapat minum air yang jernih dan segar hari ini, maka mengapa anda harus bersedih atas air asin yang telah anda minum pada hari kelmarin atau mengkhuatirkan air yang hambar dan panas esok hari yang belum tentu terjadi.

Jika anda percaya pada diri sendiri, dengan semangat yang tekad dan kuat maka anda dapat menundukkan diri untuk berpegang kepada prinsip: aku hanya hidup hari ini. Prinsip inilah yang akan menyibukkan anda setiap detik untuk selalu memperbaiki keadaan, mengembangkan semua potensi  dan mensucikan setiap amalan.

“Wahai masa lalu, yang telah berlalu dan selesai, tenggelamlah seperti mataharimu. Aku tidak pernah menangisi kepergianmu dan kamu tidak akan pernah melihatku termenung sedetik pun untuk mengingatkanmu. Kamu telah meninggalkan kami semua pergi dan tidak akan pernah kembali.”

“Wahai masa depan, engkau masih  dalam keghaiban. Maka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan. Aku pun tak bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada kerana esok hari mungkin tidak ada sesuatu. Esok hari adalah sesuatu yang belum di ciptakan dan tidak ada satu pun darinya yang dapat disebutkan.”

“Hari ini adalah milik anda” adalah ungkapan yang paling indah dalam kamus kebahagiaan, kamus bagi mereka yang menginginkan kehidupan yang paling indah dan menyenangkan.




Read more...

Man Ana?? (^_^)

anak kelahiran negeri tanah sekebun bunga ini di beri nama yg cukup indah, siti nor izliana nordin, merupakan anak ke 6 drp 8 adik-beradik, sekarang sedang belajar di universiti kebangsaan malaysia (ukm) bangi dlm bidang pengajian arab & tamadun islam, pernah melalui detik kenangan indah sebagai pelajar maahad muhammadi (p) dan seterusnya melakar cita-cita murni di maahad rahmaniah 2008.. apa yg dia harapkan adalah sebuah kejayaan yg bakal menjulang nama diri, keluarga, bangsa, agama, dan negaranya

::pr0L0g::


tiada berdaya untuk menulis.
cube untuk ketawa walau perit yg dirasai.
cuba berlaku gembira dgn kesedihan yg diberi.
disaat luaran cuba berlagak
mengatakan senyuman
dalaman menangis tanpa henti.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP