:: sEbagaimaNa AsiNgnya isLam itu dAtaNg, bEgitu jUga kAfiLah iNi, dAgaNg & teRasiNg::

:: sEbagaimaNa AsiNgnya isLam itu dAtaNg, bEgitu jUga kAfiLah iNi, dAgaNg & teRasiNg::
Dikuasakan oleh Blogger.

::Mahabbah::

::MENYOROTI SEJARAH MUSLIMAH 3 ::

>> Isnin, 26 Disember 2011

:: UMMU UMARAH ::

Ummu Umarah (Nusaibah) bint Kaab bin Amru bin Auf bin Mabdzul adalah seorang pejuang wanita yang diberi kemuliaan kepadanya. Beliau merupakan golongan Ansar yang berasal daripada suku Khazraj.

Beliau lahir di Madinah dan berasal dari keluarga Mazini yang mempunyai salasilah keturunan Najjar. Beliau memeluk Islam di melalui Mus’ab bin Umair yang di utus oleh Rasulullah s.a.w untuk berdakwah di Madinah.

Ummu Umarah juga turut terlibat dalam beberapa peristiwa penting dalam sejarah Islam iaitu peristiwa Baiat Aqabah (Perjanjian Aqabah), Perang Uhud, Peristiwa Hudaybiah, Perang Hunain dan Perang Yamamah. Bahkan tangannya turut putus ketika mengikuti peperangan. Peranannya di medan perang amat tinggi. Beliau menjadi pelindung Nabi s.a.w ketika Perang Uhud berlaku.
Suami Ummu Umarah ialah Zaid bin Ashim al-Mazini al-Najjari. Hasil perkahwinan ini, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata dan diberi nama Abdullah dan Habib. Setelah Zaid meninggal, Ummu Umarah berkahwin pula dengan Ghazyah bin Amru al-Mazini bin al-Najjari dan dikurniakan anak yang diberi nama Khaulah.

Walaupun sibuk dengan peperangan, namun Ummu Umarah tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu dan juga isteri. Sepenuhnya kasih-sayang dicurahkan kepada anak-anak serta suaminya. Beliau juga seorang ahli ibadah. Beliau sering berpuasa dan menghabiskan malam harinya dengan solat dan berzikir kepada Allah.

Suatu hari, anaknya Habib dipilih oleh Rasulullah s.a.w untuk menentang kekacauan yang dilakukan oleh Musailamah di Madinah. Namun amaran tersebut tidak diendahkan oleh Musailmah. Lalu dia mengikat Habib dan mencercanya dengan pelbagai pertanyaan. Akhirnya Musailamah memotong tubuh Habib satu persatu dan akhirnya Habib gugur sebagai orang yang syahid.
Berita kematian anaknya Habib sampai ke telinga Ummu Umarah. Lalu Ummu Umarah berdoa kepada Allah agar dia juga dapat melihat kematian Musailamah dan meminta agar mati syahid ketika memerangi Musailamah.

Setelah melalui perjalanan yang  penuh pengorbanan dan semangat jihad, akhirnya Ummu Umarah meninggal. Beliau pergi menghadap Tuhannya dengan wajah yang berseri-seri. Semoga Allah menempati rohnya di tempat tertinggi.








Read more...

::PESANAN TERAKHIR RASULULLAH S.A.W::


PESANAN TERAKHIR RASULULLAH S.A.W
--- 10 H (LEMBAH URANAH, BUKIT ARAFAH----


 "Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.


"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Read more...

:: Menyoroti Sejarah Muslimah 2 ::

>> Selasa, 20 Disember 2011

--------ATIKAH BINTI ZAID--------


Atikah binti Zaid adalah seorang wanita mulia yang memiliki beberapa kemuliaan dan keistimewaan. Ayahnya bernama Zaid bin Amr bin Nufayl yang merupakan sahabat Nabi s.a.w yang hebat di zamannya. Ibunya pula bernama Ummu Kuraiz binti al-Hadrami anak saudara kepada al-‘Ala bin al-Hadrami yang merupakan sahabat Rasulullah s.a.w yang terkemuka.

 Saudara kandung Atikah pula iaitu Sa’id bin Zaid adalah salah seorang 10 sahabat yang dijamin masuk syurga. Kerana itu Atikah sangat bertuah kerana memiliki keturunan yang baik dan mulia.
Kemuliaan itu ditambah lagi dengan pernikahan Atikah dengan lelaki yang telah dijamin masuk syurga. Suami Atikah yang pertama ialah Abdullah bin Abu Bakr. Kerana kecantikan dan kejelitaan yang ada pada Atikah menyebabkan Abdullah berat hati untuk turun berperang. Perkara ini merisaukan ayahnya Abu Bakr. Beliau segera menyuruhnya anaknya menceraikan Atikah supaya Abdullah dapat menumpukan tumpuan kepada peperangan.

 Abdullah terpaksa akur dengan kehendak bapanya. Akhirnya dia menceraikan Atikah. Namun perasaan cintanya kepada Atikah sentiasa mekar. Saban hari Abdullah melantunkan puisi-puisi yang amat menyentuh hati sesiapa yang mendengarnya termasuklah Abu Bakr. Selepas itu Abu Bakr mengizinkan  anaknya merujuk kembali  Atikah.

Setelah beberapa lama, ketika tentera Muslimin mengepung kota Tha’if, Abdullah luka parah akibat terkena anak panah. Dia akhirnya syahid di Madinah. Saat itulah Atikah pula melantun puisi di atas pemergian suami yang tercinta.
Setelah berakhir iddahnya, Atikah dilamar pula oleh Umar bin al-Khattab. Sepanjang hidup bersama Umar,  Atikah banyak mendalami ilmu, kezuhudan dan kesederhanaan. Atikah juga mendapat kedudukan yang terhormat di sisi sahabat agung ini.

Namun kebahagiaannya tidak lama. Khalifah Umar terbunuh kerana ditikam dengan belati oleh seorang penganut agama Majusi iaitu Abu Lu’lu’ah. Sekali lagi Atikah menangisi pemergian suami tercinta dan melakar kesedihannya di dalam bait-bait puisinya.
Setelah beberapa lama Atikah dilamar pula oleh Zubair bin al-Awwam yang juga salah seorang sahabat yang dijamin masuk syurga. Zubair merupakan  Hawari (pengawal setia) Rasulullah s.a.w. Beliau juga merupakan seorang penunggang kuda yang cekap sewaktu di medan perang.
Sepanjang peperangan yang dilalui, Zubair tidak pernah ketinggalan menyertainya. Atikah juga mengetahui bahawa suaminya ini juga termasuk orang yang akan mati syahid kerana telah dikhabarkan oleh baginda Nabi s.a.w sebelum ini.

 Namun Atikah merelakan jua pemergian Zubair walaupun hanya sekejap sahaja untuk bersama. Zubair syahid di lembah al-Siba’ dekat kota Basrah. Beliau di bunuh oleh Ibn Jarmuz ketika pulang dari ekspedisi peperangan.
Atikah tetap redha menerima takdir tersebut. Di sebalik kesedihan tersebut, Atikah sangat beruntung kerana semua suaminya adalah orang yang dijamin masuk syurga. Sehingga ada orang mengatakan, “Jika ingin masuk syurga, kahwinlah dengan Atikah bint Zaid.”

Atikah meninggal dunia pada zaman awal pemerintahan Muawiyah bin Abi Sufyan r.a iaitu pada tahun 41 Hijrah. Semoga Allah meredhainya.




Read more...

Man Ana?? (^_^)

anak kelahiran negeri tanah sekebun bunga ini di beri nama yg cukup indah, siti nor izliana nordin, merupakan anak ke 6 drp 8 adik-beradik, sekarang sedang belajar di universiti kebangsaan malaysia (ukm) bangi dlm bidang pengajian arab & tamadun islam, pernah melalui detik kenangan indah sebagai pelajar maahad muhammadi (p) dan seterusnya melakar cita-cita murni di maahad rahmaniah 2008.. apa yg dia harapkan adalah sebuah kejayaan yg bakal menjulang nama diri, keluarga, bangsa, agama, dan negaranya

::pr0L0g::


tiada berdaya untuk menulis.
cube untuk ketawa walau perit yg dirasai.
cuba berlaku gembira dgn kesedihan yg diberi.
disaat luaran cuba berlagak
mengatakan senyuman
dalaman menangis tanpa henti.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP