::Mahabbah::
::kenangan bersama ABAH::
>> Isnin, 2 September 2013
al-Fatihah buat arwah abah yang meninggal pada 3 JULAI 2013.
Mak kata abah pergi tak tinggal harta, tapi dia tinggal 8 orang anak.. itulah "HARTA" bagi abah untuk mengembara di alam sana... Ya Allah jagalah abah, sayangilah abah dan peliharalah abah sebagaimana abah sayang, jaga dan pelihara kami adik-beradik sejak kecil... masukkan ABAH ke dalam syurgamu dan golongkan ABAH dalam kalangan hambaMu yang soleh... Aminn...
..rindu Abah.....
Read more...::uBat sEgaLa uBat::
>> Sabtu, 12 Januari 2013
UBAT SEGALA UBAT
Pada suatu ketika, seorang pesakit datang kepada
seorang arif, Sufian r.a. pesakit itu bertanya kepadanya,
“Wahai Sufian aku ini menderita menyakit jauh daripada
Allah Taala. Tolong berikan aku ubat penyembuhnya”
Lalu Sufian r.a berkata;
“Wahai saudaraku, hendaklah engkau mengambil beberapa
buah akar keikhlasan, daun-daun kesabaran, dan perahan kerendahan hati.
Letakkan semua dalam wadah ketaqwaan, lalu tuangkan ke dalam cairan rasa takut,
kemudian adun dengan api kesedihan. Saringlah dengan saringan kewaspadaan dan
kemudian ambil ramuan itu dengan tangan kejujuran, lalu minumlah dari gelas
istighfar yang telah dicampurkan dengan air kesolehan. Sesudah itu, jauhkanlah
dirimu dari rakus dan serakah”
Read more...
::1 daLam daMai::
SATU DALAM DAMAI
Abu Hurairah r.a berkata; “Pada setiap sendi manusia
ada sedekah. Dan setiap hari di mana terbit matahari, lalu berlaku adil di
antara dua orang dikira sedekah, membantu orang naik kenderaan juga sedekah,
atau mengangkat barangnya juga adalah sedekah, dan kalimah yang baik juga
sedekah, dan setiap langkah perjalanan untuk sembahyang itu sedekah dan
menghilangkan gangguan di tengah jalan juga sedekah (Bukhari, Muslim)
Read more...
::indahnya bErukhuwwAh::
>> Sabtu, 5 Januari 2013
Indahnya berukhuwwah
Ukhuwwah Fillah adalah ikatan
keimanan yang tegak di atas manhaj Allah. Oleh itu, ia adalah nikmat Ilahi yang
di campakkan oleh Allah ke dalam hati para mukhlisin, auliya’, dan muttaqin
dari kalangan hambaNya.
Ukhuwwah merupakan satu daya
cetusan keimanan pada diri seseorang yang menimbulkan perasaan yang mendalam di
dalam percintaan, kasih-sayang, dan saling hormat-menghormati, saling
mempercayai sesama sendiri yang diikat atas teras akidah Islamiyyah, iman dan
taqwa.
Oleh sebab ukhuwah fillah ini
adalah percantuman antara ruh dengan ruh, ikatan hati dengan ahti, berasaskan
kepada iman dan taqwa, yang mempunyai kesan yang positif, maka Allah telah
menjadikan ukhuwah ini ada fadhilat dan kemuliaannya.
Sukatan Ukhuwwah;
ü Menolong
dalam urusan kehidupan
ü Bekerjasama
dalam sesuatu urusan
ü Membantu
dalam zikrullah (mengingati Allah)
Syarat-syarat Ukhuwwah;
J Ikhlas
J Dihubungkan
dengan keimanan dan ketaqwaan
J Berasaskan
kepada Quran dan Sunah
J Saling
nasihat-menasihati
J Saling
membantu dan menjamin dalam senang dan susah
Cara untuk memperkukuhkan Ukhuwwah;
Beritahu
bahawa kamu menyukai dan mengasihi saudaramu
Bersegera
untuk bersalaman bila bertemu
Maniskan
muka ketika bertemu
Pinta doa
darinya ketika hampir berpisah
Perbanyakan
ziarah
Mengucapkan
tahniah mengikut situasi
Tampakkan
rasa penuh tanggungjawab untuk menyempurnakan segala hajatnya
Hulurkan
hadiah mengikut situasi
Larangan
dalam berukhuwwah;
Menghina
Memanggil
dengan panggilan yang menyakitkan
Buruk sangka
Mengintip
keaiban
Mengumpat
Iri hati
& dengki
Bermasam
muka
Tiada rasa
hormat antara satu sama lain.
Read more...
Langgan:
Catatan (Atom)