::Mahabbah::
.....Seringkali ujian itu hadir tanpa diduga, kerana ujian itu
menguji kekuatan iman dan emosi kita, setiap orang ada ujian masing-masing.
Semakin berlalu masa, semakin banyak mendewasakan hidup ini... Dari awal
bertatih kemudian berjalan kemudian terus dapat berlari seperti yang lain, dari
awal belajar sehingga ke menara gading proses ini sentiasa berjalan, tanpa
memberi ruang untuk kita berfikir seketika. Toleh sebentar ke belakang, dan
lihatlah betapa banyaknya perjalanan yang telah kita lalui dan lewati. Lihatlah
betapa indahnya hidup ini mengikut aturan dariNya. Subhanallah.. Maha Suci
Allah....
;;;;;;;; dari zaman bujang, kahwin, dan sekarang dah ada anak, rezeki Allah itu sentiasa melimpah.. Alhamdulillah...
Langgan:
Catatan (Atom)