:: sEbagaimaNa AsiNgnya isLam itu dAtaNg, bEgitu jUga kAfiLah iNi, dAgaNg & teRasiNg::

:: sEbagaimaNa AsiNgnya isLam itu dAtaNg, bEgitu jUga kAfiLah iNi, dAgaNg & teRasiNg::
Dikuasakan oleh Blogger.

::Mahabbah::

:: HIKMAH BUATMU::

>> Rabu, 6 April 2011




YA ALLAH KENAPA SEMUA INI TERJADI PADAKU ?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik buatmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”       
(Surah Al-Baqarah :216)


YA ALLAH KENAPA BERAT SANGAT UJIAN INI ?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya”
(Surah Al-Baqarah: 286)

YA ALLAH TERASA HIDUP INI SUDAH TIDAK BERMAKNA LAGI ?
“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang beriman”
Surah Ali Imran: 139)

“….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir”
(Surah Yusuf: 12)

YA ALLAH BAGAIMANA HARUS AKU HADAPI SEGALANYA INI?
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang yang khusyu’
(Surah Al-Baqarah: 45)

YA ALLAH APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri, dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka…(Surah At-Taubah: 111)

YA ALLAH KEPADA SIAPA UNTUK AKU BERHARAP ?
“Cukuplah Allah bagiku tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal”      (Surah At-Taubah: 129)

YA ALLAH BERIMANKAH AKU?
“Apakah manusia mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;kami telah beriman, sedangkan merekatidak diuji?Dan sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang tang sebelum nereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta”
(Surah Al-Ankabut: 2-3)


:: SEBENING HATI YG MERINDUKAN ILAHI::

























Read more...

DUNIA ini penjara kita!!

>> Selasa, 5 April 2011




Suatu hari, Ibn Hajar al-Asqalani, bersua dengan seorang yahudi penjual minyak sapi. Bajunya bercopeng Nampak sebagai seorang yang hidup susah. Yahudi iu bertanya kepada Ibn Hajar, “Sesungghuhnya nabimu ada berkata; “ Dunia ini adalah penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir”. Namun kenyataannya saya (yang kafir) demikian susah nasibnya sedangkan 
anda hidup bersenang lenang”.

Ibn Hajar menjawab, “ keadaan saya memang seperti dalam penjara apabila di bandingkan dengan kenikmatan yang disediakan oleh Allah di akhirat bagi orang-orang yang beriman. Kerana kenikmatan dunia tidak ada apa-apa bila di bandingkan dengan kenikmatan akhirat. Adapun anda wahai yahudi, seakan anda berada di syurga bila di bandingkan dengan penderitaan dan seksa yang dijanjikan kepadamu jika mati dalam keadaan kafir” mendengar keterangan tersebut, yahudi tersebut terus memeluk islam.

PENJARA ORANG MUKMIN

Maknanya adalah setiap mukmin terpenjara kerana terhalang untuk memenuhi tuntutan syahwatnya di tempat yang haram, di bebani untuk melakukan ketaatan yang berat. Namun ketika dia mati, maka terlepas lah ini semua berganti dengan apa yang yang dijanjikan Allah Taala untuknya berupa kenikmatan yang kekal, kesenangan yang tidak ada sedikit pun kekurangan.

Adapun orang kafir, sekecil apa pun kebahagiaannya dari kesenangan dunia maka itulah syurga baginya, kerana setelah mati dia akan menghadapi seksaan yang keras dan kekal, tak ada sedikitpun yang dinamakan kesenangan dan kenikmatan. Meskipun susah kehidupan orang kafir di dunia, itu sudah menjadi syurga bagi mereka kerana penderitaannya di dunia dapat beerti kenikmatan bila di bandingkan dengan seksaan di akhirat. Seperti orang yang dapat makan sekali dalam sehari itu, adalah kenikmatan bila di bandingkan dengan hari lain yang sama sekali tidak menemui sedikitpun makanan.

PENJARA PUN NIKMAT BAGINYA

Dunia bagi seorang mukmin adalah penjara bagi syahwatnya. Ia tidak bebas melepaskannya, meskipun kesempatan ada dan tidak ada satu pun menghalanginya, selain takut kepada Allah, takut Allah tidak akan memberinya kenikmatan yang tiada tara bahkan akan mengganjarinya dengan seksa.

Namun ketika seorang mukmin tidak bebas berbuat sesukanya, bukan beerti hatinya menderita dan terseksa. Walaupun dia terpenjara, namun hatinya merdeka.Tidak ada yang melebihi kebahagiaan yang dirasakan oleh seorang mukmin.

Kenimatan tersebut berupa kecintaan kepada Allah, kelazatan beribadah kepadaNya, dan ketenangan hainya kerana yakin bahawa usahanya akan di beri pahala oleh Allah S.W.T. Dalam keadaan apa pun oran mukmin dapat merasakan bahagia meskipun jasadnya terpenjara.

Oleh kerana itulah, ketika Ibn Taimiyah  di penjara dengan girang berkata, “ Apa yang dilakukan oleh musuh-musuh terhadapku, padahal jannah ada di hatiku, jika aku di penjara itu adalah khalwah (kesempatan menyendiri dengan Allah), jika aku di usir itu adalah tamasya dan jika aku di bunuh itu adalah syahid.”

Yang demikian itu kerana kenikmatan yang hakiki ada di hati, berbeza dengan kesenangan nisbi seperti lazatnya makanan, nikmatnya berzina segarnya khamr yang ketika telah berlalu tidak lagi tersisa kebahagiaannya.

Nikmat hati yang dirasakan oleh orang mukmin inilah yang di katakana Ibn Qayyim al-Jauziyah; “ Di dunia ini ada jannah barabgsiapa yang tidak memasukinya, nescaya dia tidak akan memasuki jannah yang kedua.” Jannah yang beliau maksudkan bukanlah syurga bagi irang kafir seperti dalam hadis ini. Akan tetapi jannah di hati, nikmat iman. Banyak dalil yang menunjukkan bahawa seorang mukmin merasa nikmat dengan iman dan ibadahnya. Seperti Nabi yang bersabda kepada Bilal: “Hiburlah hati kita dengan solat wahai Bilal”.
Atau hadis Nabi:

“Tiga perkara apabila ada pada seseorang beerti dia telah merasakan nikmatnya iman; Allah dan RasulNya lebih di cintainya, tidak mencintai seseorang mealinkan kerana Allah dan benci kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya sebagaimana benci jika di lempar ke neraka” – HR Bukhari-
Inilah bukti bahawa seorang yang menyandang iman akan merasakan nikmat. Subhanallah, jika penjara laksana jannah, bagaimana halnya di akhirat?

DISYURGA PUN MENDERITA

Jika di sebutkan dalam hadis ini bahawa dunia adalah syurga bagi orang kafir, bukan beerti mereka merasakan nikmat yang hakiki di dunia. Bahkan hatinya pun menderita dan terseksa. Akan tetapi penderitaan tersebut memang tidak seberapa bila di bandingkan dengan seksa yang dijanjikan bagi mereka di akhirat. Allah menyebutkan seksa bagi mereka di dunia; “ Maka janganlah harta benda dan anak-anak mereka menarik hatimu. Sesungguhnya Allah menghendaki dengan (memberi) harta dan anak-anak itu  untuk menyiksa mereka di dunia”- al-Taubah:55-

Barangkali anda hairan, bagaimana Allah menyiksa orang kafir di dunia berupa banyaknya harta dan anak, bukankah itu berupa kenikmatan? Begitulah Allah Maha Mengetahui apa yang mereka rasakan.

Jangan di sangka bahawa ayat di atas hanya terbatas pada seksa neraka sahaja, bahkan hal itu berlaku di tiga alam, yakni di dunia, di barzakh dan di Daarul Qarar. Dan adakah nikmat selain nikmatnya hati? Dan adakah azab selain azab yang menimpa hati ? Azab yang manakah yang lebih berat dari rasa takut, susah, gelisah dan dada yang sempit serta berpalingnya ia dari Allah dan hari akhirat sedangkan hatinya terkait dengan selain Allah? Setiap sesuatu yang terkait dan cinta kepada selain Allah maka dia akan merasakan pedihnya azab tiga alam.

Pertama azab di dunia, ke dua adalah barzakh, ketiga tatkala apa yang ia dapatkan akhirnya lenyap darinya maka semakin terseksalah ia. Inilah siksa baginya di dunia ini.

Maka sejauh manakah kebahagiaan mereka jika di banding dengan orang yang hatinya merasa dekat dengan Rabbnya, Jika syurga (di dunia ini) adalah seksa bagi mereka lalu bagaimana dengan nerakanya?

Wallahua’lam









Read more...

:: makna sebuah KECANTIKAN ::

>> Isnin, 4 April 2011







Usah terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya kepada anda, sedangkan anda merasakan tiada apa-apa istimewanya anda. Begitulah hebat dan misterinya kehidupan. Ukuran manusia tentang kecantikan dan ketampanan memang tidak pernah sama. A da orang mabuk dengan seseorang sedangkan menurut pandangan orang lain, wajah semacam itu tidak perlu di mabuk-mabukkan. Misterinya suara hati memang sukar di baca. Tidak ada sebarang alat untuk di baca. Tidak ada sebarang alat untuk mengukur makna cantik atau tampan pada seseorang. Ukuran cantik atau tampan ini, sentiasa berlainan antara seseorang  dengan seseorang yang lain.


Maka itu, usah hairan jika seseorang wanita dinobatkan sebagai ratu dunia, padahal ramai lagi wanita-wanita lain yang kita rasakan mengatasi kecantikan ratu itu. Begitu juga, mungkin ada wanita di kampung kita, kita rasakan lebih cantik daripada para model yang popular. Sebab apa? Sebab persepsi kecantikan tidak sama antara manusia. Ada orang menafsirkan kecantikan itu, mata yang bundar tetapi ada orang merasakan yang sepet seperti Jepun atau Cina itu yang lebih menawan. Di sebuah kawasan terpencil di utara Thailand, terdapat sekelompok manusia yang menafsirkan cantik itu leher yang jinjang.  Maka para wanita, memakai besi lilit di leherb untuk memanjangkan lehernya masing-masing. Alangkah seksanya untuk menjadi cantik menurut penilaian masyarakati ini.


Begitu juga di sebuah penempatan di Afrika, cantik di tafsirkan mulut yang lebar. Semakin lebar mulut semakin cantiklah mengikut ukuran kelompok ini. Maka para lelaki dan wanitanya memakai piring besi berbentuk bulat di mulutnya.
Begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan tampan. Jadi, usah terlalu susah hati jika anda mersakan anda tidak begitu menarik. Anda tetap menarik di mata orang yang menafsirkan kecantikan itu bukan sekadar wajah tetapi mungkin keseluruhan anda. Ini termasukah gaya jalan anda, cara anda bertutur, pendirian serta sikap anda terhadap sesuatu perkara.


Sebenarnya tiada manusia yang buruk lantaran setiap daripada kita ini, dicipta oleh Tuhan yang Maha Bijaksana. Masakan ciptaan Tuhan itu tidak cantik. Malah dalam islam kecantikan bukan terletak pada wajah atau keturunan tetapi apa yang ada di dalam hati. B aik sang hati, baikklah seluruh badan, jahat sang hati jahatlah seluruh badan. Agama menilai kecantikan itu, iman yang teguh dan padu.


Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan Tuhan? Sudah tentu kita tidak layak. Tetapi ramai yang mempertikai Tuhan setiap kali menghadap cermin. Berkacalah tatkala bercermin sebab dengan berkaca cermin akan memberitahu anda apakah anda yang berdiri di situ atau perasaan dan keegoan anda yang menampani.


Siapa anda, anda sendiri yang menentukan.Pandangan manusia semuanya tidak sama.Sejuta yang mengata anda tidak indah, sepuluh juta mungkin mengatakan yang sebaliknya. Hanya anda yang belum bertemu muka dengan yang sepuluh juta itu!






Read more...

butakah CINTA????

      
Butakah cinta?? Cinta itu buta? 
 Memang cinta itu tidak bermata, 
Tapi tidak pula buta, 
 Kerana kitalah mata itu, 
   Mata yang letaknya di hati,
 Hati yang seharusnya berjalankan petunjukNya
 bukannya yang disuluh dari cahaya duniawi...
  Seharusnya janganlah biar ia dikaburi nafsu ,
 Kelak ketajaman mata itu 
kian hilang bisanya lalu terus tumpul... 
Asahlah ia dengan zikrullah,  
Siramilah ia dengan basah lidah 
suarakan selawat buat Rasullullah,  
Suburilah ia dengan muhasabah...

 **************************
 Kenapa dikatakan cinta itu buta?? 
Kerana bila tidurnya tidak lena ,
Mandinya tidak basah,
Makannya tidak kenyang,
 Hilang tumpuan sibuk 
& asyik terkenangkan orang tersayang,
 Ingatan persis layang-layang terbang di awan
 terapung bersama angan-angan,  
Bila nasihat orang tua dikatakan penghalang,
Bila yang haram menjadi halal
 ..berjalan beriringan sambil berpegang tangan,
 .. naik motor berpelukan takut tercicir dijalanan, 
 .. lama -kelamaan kesucian menjadi korban,  
 Kononnya sebagai tanda cinta sejati tidak berbelah bahagi.. 
Yang paling diendahkan..:   
Bilamana tanggungjawab sebagai hambaNya mula diabaikan, 
Bilamana kitabNya sudah tidak betah ditangan,
 ..dek kerana mata hati yang mula kabur
 terjerumus dalam cinta dunia. 
********************************************
   
 Ya Allah, jangan kiranya hati itu milikku,
 Ya Allah, jangan juga kiranya anak itu adalah aku, 
 Ya Allah, ku tak sanggup memiliki tangan itu,
 Ya Allah, jauhkanlah dari ‘dimiliki’ mahupun memiliki cinta seperti itu. 
Ya Allah , ku takut kiranya akulah hambaMu yang tidak bertanggungjawab itu…
 Ku pohon padaMu , payungilah aku dari panahan nafsu syaitan, 
Ku harapkan teduhan di bawah lembayung rahmatMu, 
Ku tagih redup dari rimbunan pohon kasih sayangMu, 
Ku tahu ya Allah, ku tak layak menghuni syurgaMu, 
tapi tidak pula ku ingin ke NerakaMu..
                           Amin.

                    
                  



Read more...

HARI INI ADALAH HARI

>> Ahad, 3 April 2011

SEINDAH PERSAHABATAN


Jika kamu berada di pagi hari jangan menunggu hingga ke petang tiba. Hari inilah yang akan anda jalani, bukan hari kelmarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan  dan bukan juga esok hari yang belum tentu datang. Hari nyang saat ini mataharinya menyinari anda dan siangnya menyapa anda, inilah hari anda. Umur anda, mungkin tinggal hari ini. Maka anggaplah masa hidup anda hanya ada hari ini, atau seakan-akan anda dilahrikan apda hari ini dan akan mati hari ini juga. Dengan begitu, hidup anda tidak akan tercabik-cabik di antara gumpalan keresahan, kesedihan dan duka masa lalu dengan bayangan masa depan yang penuh ketidakpastian dan acapkali menakutkan.
Pada hari ini pula, sebaiknnya anda mencurahkan seluruh perhatian, kepedulian dan kerja keras. Dan pada hari inilah anda harus bertekad mempersembhakan mutu solat yang paling khusyu’, bacaan al-Quran yang sangat tadabbur, zikir dengan sepenuh hati, keseimbangan dalam segala hal, keindahan dalam akhlak, kerelaan dengan semua yang Allah berikan, perhatian terhadap keadaan sekitar, perhatian terhadap kesihatan jiwa dan raga, serta perbuatan yang baik terhadap sesama.

Pada hari di mana  anda hidup di saat inilah sebaiknya anda membahagi waktu dengan bijak. Jadikanlah setiap minitnya laksana ribuan ahun dan setiap detiknya laksana ratusan bulan. Tanamkanlah kebaikan sebanyak-banyaknya pada hari itu. Dan persembahkanlah sesuatu yang paling indah untuk hari itu. Beristighfarlah atas semua dosa, ingatlah selalu kepadaNya, bersiap –siagalah untuk sebuah perjalanan menuju alam keabadian dan nikmatilah hari ini dengan segala kesenangan dan kebahagiaan!
{maka berpegang teguhlah dengan apa yang Aku berikan kepadamu dan hendaklah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur- al-A’raf: 144}
Hiduplah hari ini tanpa kesedihan, kegalauan, kemarahan, kedengkian dan kebencian. Jangan lupa hendaklah anda goreskan pada dinding hati anda satu kalimat : hari ini adalah hari ini. Yakni bila hari ini anda dapat memakan nasi sangat harum baunya, maka apakah nasi basi yang telah anda makan kelmarin atau nasi yang hangat esok hari (yang belum tentu ada) itu akan merugikan anda?
Jika anda dapat minum air yang jernih dan segar hari ini, maka mengapa anda harus bersedih atas air asin yang telah anda minum pada hari kelmarin atau mengkhuatirkan air yang hambar dan panas esok hari yang belum tentu terjadi?








Jika anda percaya pada diri sendiri, dengan semangat yang tekad dan kuat maka anda dapat menundukkan diri untuk berpegang kepada prinsip: aku hanya hidup hari ini. Prinsip inilah yang akan menyibukkan anda setiap detik untuk selalu memperbaiki keadaan, mengembangkan semua potensi  dan mensucikan setiap amalan.

“Wahai masa lalu, yang telah berlalu dan selesai, tenggelamlah seperti mataharimu. Aku tidak pernah menangisi kepergianmu dan kamu tidak akan pernah melihatku termenung sedetik pun untuk mengingatkanmu. Kamu telah meninggalkan kami semua pergi dan tidak akan pernah kembali.”

“Wahai masa depan, engkau masih  dalam keghaiban. Maka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan. Aku pun tak bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada kerana esok hari mungkin tidak ada sesuatu. Esok hari adalah sesuatu yang belum di ciptakan dan tidak ada satu pun darinya yang dapat disebutkan.”
“Hari ini adalah milik anda” adalah ungkapan yang paling indah dalam kamus kebahagiaan, kamus bagi mereka yang menginginkan kehidupan yang paling indah dan menyenangkan.




KENANGAN TERINDAH

G5

Read more...

surat untuk SAHABAT


SETANGGI UKHUWWAH
BERSZA 2011
Kecintaan sesama saudara islam kerana Allah


Assalamualaikum w.t.h

“tidaklah dua orang yang saling mencintai kerana Allah, melainkan orang yang paling di cinta Allah di antara keduanya ialah orang yang paling besar cintanya kepada saudaranya”- Ibn Hibban & al-Hakim-

Sahabat,

Rasa cinta adalah fitrah manusia. Kerananya percintaan adalah rentangan waktu kehidupan manusia yang akan mereka lalui dengan keindahan dan haru-biru. Cinta yang tulus insyaAllah akan menyelematkan manusia dari api neraka yang maha dasyat panasnya. Cinta tulus, terbesar dan hakiki adalah cinta kepada Allah. Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah sabda Rasulullah s.a.w melalui Anas r.a: “ ada tiga perkara yang barangsiapa dalam dirinya terdapat ketiga-tiga perkara itu, dia pasti merasakan manisnya iman; Allah dan RasulNya lebih di cintainya daripada orang lain,mencintai seseorang yang tiada lain kerana Allah dan tidak ingin kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan Allah sebagaimana dia tidak ingin kalau dicampakkan ke dalam api neraka”.

Sahabat,

Sesungguhnya persaudaraan kita merupakan buah daripada ketinggian akhlak dan tafarruq (perpecahan )kita merupakan akibat daripada rendahnya akhlak. Akhlak yang bagus membuahkan rasa saling cinta, saling sayang dan saling memberi manfaat. Kerana itu, cinta melahirkan ukhuwwah. Ukhuwwah yang telah digambarkan secara mengharukan oleh Bilal, Amar, dan Zaid atau Umar, Ali dan Usman yang bersanding dan bercinta kerana Allah. Kasih-sayang diantara mereka merupakan janin ukhuwwah yang dikandung di dalam perut iman dan terlahir dari ibu yang bernama iman. Ukhuwawah beerti bersatunya hati-hati dan ruhnya terikat dengan akidah yang amat kuat. Sementara perpecahannya adalah gambaran kekufuran yang menempatkan keimanan dan kasih-sayang di tempat sampah. Oleh kerana itu, manusia yang benar fikrahnya adalah manusia yang melihat saudaranya lebih utama di banding dengan dirinya sendiri. Jika perkara itu terjadi maka ukhuwwah akan terasa indah, manis dan nikmat.

Sahabat,
Persaudaraan dan saling mencintai kerana Allah adalah satu ibadah yang paling utama dalam agama kita. Sesiapapun  yang berupaya mewujudkannya, tiada perkara lain baginya kecuali syurga yang maha indah. Rasulullah s.a.w bersabda: “ Barangsiapa yang bersaudara kerana Allah maka Allah akan mengangkatnya satu darjatnya di syurga yang tidak didapatinya dengan suatu amalan lainnya”. Ibn Jarir meriwayatkan sabda Rasulullah dari Ibn Abbas r.a berkata: Barangsiapa yang mencintai seseorang kerana Allah, membenci seseorang kerana Allah, & memusuhi seseorang kerana Allah maka sesungguhnya kecintaan dan pertolongan daripada Allah boleh di peroleh dengan perkara tersebut: seorang hamba  tidak akan menemukan nikmatnya iman sekalipun banyakknya solat dan puasa sehingga dia bersikap demikian. Persahabatan di antara manusia pada umumnya didasarkan atas kepentingan dunia, namun perkara itu tidak berguna sedikitpun bagi mereka.

Sahabat,
Cinta seorang mukmin adalah kekuatan. Ia bagaikan perekat yang mengikat batu bata individu muslim dalam sebuah bangunan yang kukuh dan tidak mudah roboh. Allah berfirman: “Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara” – al-Hujurat: 10. Sementara Rasulullah bersabda : “ Mukmin yang satu terhadap mukmin yang lain bagaikan bangunan yang mengikat antara sebahagian dengan sebahagian yang lain.”

Sahabat,

Persaudaraan islam bukanlah suatu permasalah sampingan dalam islam, tetapi ia menjadi salah satu dasar yang menyertai syahadah (penyaksian) terhadap keesaan Allah dan kesaksian terhadap kerasulan Muhammad s.a.w. Persaudaraan merupakan buah konsekuensi keimanan yang amat indah. Kerana itu, kita harus sama-sama yakin bahawa keindahanNya qadim, keagunganNya tinggi, kekuasaan dan penguasaanNya Maha Dasyat. Sungguh tiada cinta yang hakiki kecuali cintaNya kepada kita sebagai makhlukNya. Adakah kita mersakan semuanya?.

Sahabat,

Rasulullah pernah memberikan nasihat kepada para sahabat: “Hendaklah kalian mengharapkan kemuliaan daripada Allah” para sahabat bertanya, “Apakah yang di maksudkan itu ya Rasulullah? “ beliau bersabda; “ Hendaklah kalian menghubunglan tali silaturrahim kepada orang yang telah memutuskannya, memberi sesuatu (hadiah) kepada orang yang tidak memberi sesuatu kepada kalian dan hendaklah kalian bersabar ( tidak lekas marah) kepada orang yang menganggap kalian bodoh”- Hakim. Dalam hadis lain dikisahkan pula, “ Mahukah kalian aku tunjukkan amal yang lebih besar pahalanya daripada solat dan puasa? Tanya Rasulullah kepada sahabat, “tentu sahaja” jawab mereka, lalu baginda bersabda; “ Engkau damaikan yang bertengkar, menyambung persaudaraan yang terputus, mempertemukan kembali saudara yang terpisah, menjambatani berbagai kelompok dalam islam dan mengukuhkan tali persaudaraan antara mereka adalah amal soleh yang besar pahalanya. Barangsiapa yang ingin di panjangkan umur, hendaklah dia menyambung tali silaturrahim – Bukhari & Muslim.

Sahabat,

Bagaimana mungkin hidup kita akan tenang kalau di dalam hati masih tersimpan kebencian dan rasa permusuhan kepada sesama muslim. Silaturrahmi adalah kunci terbukanya rahmat dan pertolongan Allah. Dengan terhubungnya silaturrahmi maka ukhuwwah islamiah akan terjalin dengan baik. Bagaimanapun besarnya umat islam secara kuantitatif, sama sekali tidak ada ertinya bila di dalamnya tidak bersatu dan bekerjasama untuk taat kepada Allah.

SEKIAN SAHABAT








LEPAS PROGRAM ESA 2010

Read more...

CAMKANLAH NASIHAT INI


Ketahuilah,
Sesungguhnya jalan keselamatan hanyalah satu iaitu jalan Allah yang lurus, Yang telah Allah sebutkan dalam firmanNya:
“Dan bahawa (yang kami perintahkan) ini adalah jalanKu dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalanNya” –al-Anaam :153-
Telah di nukilkan dari sebuah hadis bahawa suatu ketika Rasulullah s.a.w menarik sebuah garis lurus, lalu menarik garis ke kanan dan ke kiri dari garis yang lurus itu. Kemudian beliau bersabda: “ Inilah (garis lurus) jalan Allah sementara garis ke kanan dan kiri itu adalah jalan syaitan. Kemudian Beliau membaca ayat: “ Dan bahawa (yang kami perintahkan) ini adalah jalanKu yang lurus, maka ikutilah ia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalanNya” (HR. Ahmad & al-Darimi)

Sebahagian ulama mencontohkannya dengan pelepah kurma yang menjulur hingga ke tanah. Sekiranya seekor kerengga merayap naik melalui batang, nescaya ia akan sampai ke atas dan dapat menikmati buah kurma yang diinginkannya, ertinya ia telah selamat sampai ke tujuan. Sebaliknya jika ia naik melalui pelepah daun kurma yang menjulur ke kanan dan ke kiri, nescaya akan jatuh. Batang itu adalah jalan Allah sementara batang tersebut adalah jalan syaitan. Jalan Allah merupakan siratul mustaqim sangat jelas terlihat. Sekarang ini kita berada di zaman serba asing, sebagaimana yang di sebutkan oleh Rasulullah s.a.w dalam hadis: “ dinul islam itu pada mulanya asing dan akan kembali menjadi asing sebagaimana pada awal-awalnya, maka thuuba (kebahagiaan/syurga bernama thuuba) bagi para ghuraba’” –HR. Muslim-

Read more...

Man Ana?? (^_^)

anak kelahiran negeri tanah sekebun bunga ini di beri nama yg cukup indah, siti nor izliana nordin, merupakan anak ke 6 drp 8 adik-beradik, sekarang sedang belajar di universiti kebangsaan malaysia (ukm) bangi dlm bidang pengajian arab & tamadun islam, pernah melalui detik kenangan indah sebagai pelajar maahad muhammadi (p) dan seterusnya melakar cita-cita murni di maahad rahmaniah 2008.. apa yg dia harapkan adalah sebuah kejayaan yg bakal menjulang nama diri, keluarga, bangsa, agama, dan negaranya

::pr0L0g::


tiada berdaya untuk menulis.
cube untuk ketawa walau perit yg dirasai.
cuba berlaku gembira dgn kesedihan yg diberi.
disaat luaran cuba berlagak
mengatakan senyuman
dalaman menangis tanpa henti.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP