::Mahabbah::
Aku Ingin Mencintai..
Seperti Cinta Zulaikha Dan Nabi
Yusof...
Jatuhnya Cinta Kerana Rupa..
Namun,Bila Bertemu Yg Maha Kuasa,
Kasih Zulaikha Terteguh Lebih Hanya
Padanya,
Aku Ingin Mencintai...
Seperti Cinta Hajar Dan Nabi Ibrahim,
Yg Bertaut Tanpa Ada Keraguan,
Pabila Perintah Yg Maha Kuasa Terukir
Dibibir Suami,
Tanpa Merungut Hajar Menerima,
Menutup Sangsi Dgn Teguh Iman Percaya..
Aku Ingin Mencintai,,
Sperti Cinta Hawa Dan Adam,
Bertaut Setia Selama-Lamanya
Walau Jarak Memisah Anggota..
Namun Hati Bertemu Sentiasa..
Takdir Allah Bertemu Bahagia..
Aku Ingin Mencintai
Seperti Cinta Khatijah Ra Dan Rasulullah..
Cinta Bersemi Penuh Pengorbanan,
Kesetiaan Menjadi Pengikat Jiwa..
Hingga Ke Syurga Kasih Bersama..
::BicRa::
>> Rabu, 20 Ogos 2014
Kau bicara pada
bulan dan bintang
tentang nasib
dan hari-hari mendatang
sedang bulan dan bintang itu
berpaling apabila munculnya siang
dengan segala yang kau luahkan
tanpa memberi sebarang penyelesaian.
Kau bicara pada
sungai dan lautan
tentang harapan
dan kekecewaan
sedang sungai dan lautan itu
terus mengalir girang
dengan segala yang kau ujarkan
tanpa meninggalkan sebarang saranan.
Tapi kau terlupa
untuk bicara pada Tuhan
sedang Tuhan itu Maha Mendengar
dan Maha Melapangkan
lagi Maha Adil
juga Maha Mengetahui
tentang takdir yang diperuntukkan
bagi setiap hamba-Nya
yang bergelar insan.
Read more...
::Dirimu Seorang Muslimah::
>> Ahad, 17 Ogos 2014
Bererti lagikah
kuntuman mawar
jika dirimu sudahpun mekar
diselaputi embun keimanan?
Bermakna lagikah
madah-madah memikat berbunga
jika diammu itu
adalah bahasa terindah?
Bernilai lagikah
pemberian mahal berharga
jika senyummu itu
adalah hadiah semahal permata?
Bagiku,
tiada ertinya kuntuman mawar
tiada maknanya madah memikat berbunga
tiada nilainya pemberian mahal berharga
apalah,
jika hendak dibandingkan
dengan pekertimu
sebagai seorang muslimah bermaruah.
Langgan:
Catatan (Atom)