:: sEbagaimaNa AsiNgnya isLam itu dAtaNg, bEgitu jUga kAfiLah iNi, dAgaNg & teRasiNg::

:: sEbagaimaNa AsiNgnya isLam itu dAtaNg, bEgitu jUga kAfiLah iNi, dAgaNg & teRasiNg::
Dikuasakan oleh Blogger.

::Mahabbah::

::BicRa::

>> Rabu, 20 Ogos 2014

Kau bicara pada
bulan dan bintang
tentang nasib
dan hari-hari mendatang
sedang bulan dan bintang itu
berpaling apabila munculnya siang
dengan segala yang kau luahkan
tanpa memberi sebarang penyelesaian.

Kau bicara pada
sungai dan lautan
tentang harapan
dan kekecewaan
sedang sungai dan lautan itu
terus mengalir girang
dengan segala yang kau ujarkan
tanpa meninggalkan sebarang saranan.

Tapi kau terlupa
untuk bicara pada Tuhan
sedang Tuhan itu Maha Mendengar
dan Maha Melapangkan
lagi Maha Adil
juga Maha Mengetahui
tentang takdir yang diperuntukkan
bagi setiap hamba-Nya

yang bergelar insan.

0 comments:

Man Ana?? (^_^)

anak kelahiran negeri tanah sekebun bunga ini di beri nama yg cukup indah, siti nor izliana nordin, merupakan anak ke 6 drp 8 adik-beradik, sekarang sedang belajar di universiti kebangsaan malaysia (ukm) bangi dlm bidang pengajian arab & tamadun islam, pernah melalui detik kenangan indah sebagai pelajar maahad muhammadi (p) dan seterusnya melakar cita-cita murni di maahad rahmaniah 2008.. apa yg dia harapkan adalah sebuah kejayaan yg bakal menjulang nama diri, keluarga, bangsa, agama, dan negaranya

::pr0L0g::


tiada berdaya untuk menulis.
cube untuk ketawa walau perit yg dirasai.
cuba berlaku gembira dgn kesedihan yg diberi.
disaat luaran cuba berlagak
mengatakan senyuman
dalaman menangis tanpa henti.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP