::Mahabbah::
Sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud: di nikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana kekayaannya. Kedudukannya,kecantikannya dan agamanya maka pilihlah dalam hal agamanya nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu (riwayat bukhari dan muslim).
Telah terpahat panduan syariat kebangsawanan,hartawan, dan rupawan hanyalah nilaian mata.Sesungguhnya kekayaan pada lapangnya hati, rupawan pada indahnya budi,bangsawan pada kerendahan diri yang sering sujud di tapak Ilahi.Bila pilihan lantaran agama, kekal setia buat selamanya
:: Menyoroti Sejarah Muslimah –ZAINAB AL-GHAZALI- ::
Beliau merupakan tulang belakang kepada gerakan islam muslimat didunia arab merentasi beberapa buah Negara arab dan islam sepanjang kerjaya sebagai pendakwah islam sepenuh masa.
Beliau di lahirkan pada 2 Januari 1917 di sebuah perkampungan di wilayah Buhairah (utara kota Kaherah), daripada keluarga yang berpegang kuat kepada ajaran islam, kerana bapanya adalah salah seorang ulama’ al-Azhar yang cukup berpengaruh.
Bapanya yang bertanggungjawab mentarbiahnya dengan ilmu-ilmu agama dan sentiasa berpegang kepada kebenaran, sehingga beliau di panggil oleh bapanya dengan panggilan Nusaibah binti Kaab iaitu salah seorang sahabat wanita pada zaman Rasulullah s.a.w.
Selepas kematian bapanya ketika berusia 10 tahun, beliau di bawa ibu dan saudaranay berpindah ke Kaherah bagi meneruskan pengajiannya di situ. Sebagai seorang yang aktif dalam bidang kemasyarakatan, beliau menganggotai sebuah pertubuhan wanita liberal yang di pimpin oleh Huda Syaarawi.
Pandangan pertubuhan berkenaan, sering mendapat kritikan hebat daripada para ulama al-Azhar kerana di katakana tidak selari dengan islam walaupun sering mengadakan forum antara kedua-dua belah pihak.
Pandangan serong terhadap pertubuhan itu disifatkan amat merbahaya kepada umat islam, akhirnya melarang mana-mana wakilnya menyampaikan ceramah dan sebagainya.
Kesedaran kepada islam menyerlah dalam diri selepas sekian lama menderita kerana sakit kronik yang boleh menyebabkan kematian, ketika itu beliau bersumpah jika Allah menyembuhkan penyakitnya, beliau berjanji akan meninggalkan pertubuhan wanita yang songsang itu dan akan menubuhkan satu pertubuhan muslimah yang menumpukan perhatian kepada penyebaran dakwah islam.
Penyakitnya semakin sembuh dan beliau mengotakan janjinya untuk menubuhkan pertubuhan muslimat dengan jayanya pada tahun 1936 khusus buat kaum Hawa di seluruh
Mesir
Dari semasa ke semasa, pertubuhan muslimat yang di asaskan telah mengadakan hubungan dengan gerakan al-Ikhwan al-Muslimin pimpinan as-Syahid Imam Hasan al-Banna iaitu pada tahun 1948 sebelum beliau mati di tembak.
Sepanjang perkenalan beliau dengan Syeikh Hasan, dia mencadangkan aga pertubuhan muslimat itu, menjadi anggota sayap ikhwan muslimin khusus bagi muslimat dan beliau di minta menerajuinya.
Gerakan Ikhwan menerima pelbagai mehnah dan tribulasi hingga ramai di kalangan pimpinannya di tangkap atas arahan perdana menteri ketika itu., Mustafa al-Nuhhas, al-Marhumah telah memainkan peranan penting unuk menghubungi isteri-isteri pimpinan yang di tangkap dan membantu mereka dengan bantuan yang di perlukan.
Tekanan demi tekanan yang di terima hingga beliau di minta oleh presiden Jamal Abd Nasir pada ketika itu agar memimpin sayap wanita Parti Sosialis, tetapi beliau menolaknya dengan keras.
Keengenannya menyertai wanita parti pemerintah telah menyebabkan Presiden Jamal mengeluarkan arahan agar pertubuhan muslimat pimpinan beliau dibekukan, segala bahan penerbitannya di hentikan. Beliau kemudian di tangkap pada Ogos 1965 dan di penjarakan selama enam tahun dengan pelbagai ujian dan tribulasi.
Beliau menceritakan semuanya dalam bukunya “Ayyam min Hayati” yang bermaksud “hari-hari dalam hidupku” yang telah di terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu oleh al-Marhum Ustaz Mohamad Daeng Mengati.
Dengan perantaraandan campur tangan dengan Raja Arab Saudi, Raja Faisal Abdel Aziz beliau telah di bebaskan padaan pemerintahan Presiden Anwar Saddat pada Ogos 1971.
Penyebaran Dakwah Islam
Setelah beliau du bebaskan, beliau memperlihatkan kesungguhan dalam bidang dakwah hingga membuatnya terpanggil menyebarkan islam bukan sahaja dalam Negara asalnya Mesir bahkan ke beberapa buah Negara Arab dan Islam.
Beliau du katakana amat aktif dalam bidang penulisan yang dikaitkannya dengan dakwah. Pada pertengahan tahun 80 an beliau dan beberapa rombongan muslimat al-Ikhwan telah mengadakan lawatan ke Afghanistan ketika perang sedang berlangsung menghadapi kuasa besar Soviet Union beberapa kali. Beliau bukan sahaja giat berdakwah dengan lisan menerusi pidato,ceramah, forum dan sebagainya, malah aktif dalam menulis beberapa buah kitab.
Antaranya “Nahwa Baa’ Tahun Jadid” iaitu ke arah membangkitkan era baru dan “Nazarat Fi Kitabillah” iaitu beberapa renungan terhadap kitab-kitab Allah. Beliau berpendapat bahawa masa depan kepada perkembangan dunia perlu di jana menerusi program muslimat kerana jatuh bangun sesuatu kebangkitan bermula dengan wanita.
Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 3 Ogos 2005 pada usia 88 tahun setelah bergelumang dalam bidang dakwah selama 53 tahun bersama dengan gerakan al-Ikhwan al-Muslimun, Mesir.
Jenazahnya di sempurnakan pada 4 Ogos 2005 di Masjid Ra’baah Adawiyah di Nasr City seperti yang di maklumkan ahli keluarganya yang terdekat.
:: pabila CInTa bErbiCaRa::
Pernahkah terfikir oleh diri ketika pagi hari kita memulai aktiviti, berapa banyak orang yang mendasarkan seluruh aktivitinya atas keredhaan Allah? Setiap kali fikiran itu terlintas sepenuh syukurlah harusnya kita pada Allah bahawa ketika itu dan ketika ini kita masih mendasarkan langkah kita atas redha Allah dan sentiasa berada dalam pengawasanNya.
Satu kenikmatan untuk boleh diizinkan belajar mencintai Allah, belajar menghayati setiap hikmah dari setiap kejadian dari kehendakNya, belajar menikmati pemeliharaanNya,teguran-teguranNya yang seluruhnya adalah bukti cintaNya.Berapa banyak pelajaran yang menjadikan kita dekat kepadaNya,bersandar padaNya dan merasakan pemeliharaanNya pada seluruh makhluk ciptaanNya dan hamba yang terpilih untuk di cintai secara lebih..
Dengan seluruh bukti cintaNya masih adakah ruang yang tersisa untuk yang lain selain Dia???? Yang pasti satu yang nyata.Adalah kebahagiaan untuk dapat membawa seluruh jiwa tunduk pada Allah Rabb Yang Maha di cinta.Seperti tunduknya semesta yang tanpa penolakan sedikit pun.Seperti tunduknya raga yang sebenarnya tidak pernah tunduk pada jiwa.
Teguran untuk diri.Malu rasanya menginjak tanah yang begitu tunduk pada Allah.Malu menginjak rumput,semut yang nyata-nyata jauh lebih tunduk berbanding kita.Akhirnya sudah waktunya untuk membawa diri tunduk patuh pada Allah dengan sebenar-benarnya.Sebuah ketundukan kerana cinta yang benar, cinta yang melingkupi seluruh jiwa dan raga yang tidak menyisihkan tempat sedikitpun untuk yang lain selain Dia.
Sebuah kepatuhan yang ikhlas yang tidak lagi merasakan sebuah pengorbanan sebagai pengorbanan.Kerana tidak ada pengorbanan untuk yang Maha Yercinta.Yang ada hanya keinginan untuk mencintai agar di cintai oleh Sang Pemilik Cinta.Tidak ada pengorbanan dalam dakwah ini yang ada hanyalah keinginan membuktikan cinta.Yang akhirnya sanggup menggeser kesabaran menjadi sebuah kesyukuran bahawa ujian pun kita merasakan itu adalah kerana cintaNya dan sebuah kesempatan untuk membuktikan cinta kita padaNya.
Bukankah kesyukuran yang layaknya dirasakan kerana pada waktu sempitlah kita dapat merasakan kebenaran cintaNya bahawa pertolonganNya amat dekat, kasih-sayangNya begitu indah dan impian berjumpa denganNya adalah sumberkebahagiaan.
Sebuah cinta yang jujur seperti dialog tidak dapat di lupakan antara empat orang tokoh; Rabiah al-Adawiyah, Sufyan al-Thauri, Syaqiq Albikhi, dan Malik bin Dinar ketika Rabiah meminta mereka mendefinisikan kejujuran.
“tidak jujur pengakuan cinta seseorang yang tidak bersabar menahan pukulan tuannya”- Sufyan al-Thauri
“tidak jujur pengakuan seseorang yang tidak bersyukur atas pukulan tuannya” – Syaqiq al-Bikhi
“tidak jujur pengakuan seseorang yang tidak bernikmat-nikmat di pukul tuannya” – Malik bin Dinar
“tidak jujur pengakuan seseorang yang tidak melupakan pukulan ketika menghadap tuannya” _ Rabiah al-Adawiyah
Begitu jujurnya CINTA.Ada yang begitu sabar menahan derita hidup. Ada yang begitu tahan menerima derita dakwah.Dan ada yang begitu syukur dan bahkan menikmati derita sebagai karunia.Semuanya indah terutama pada sang totalis (shahibu tajrid) yang tidak menyedari derita kerana yand ada hanyalah Dia.
Saudaraku marilah mencintai Allah dengan sebenar-benarnya cinta.Mari saling mendoakan agar kita semua terpilih untuk memiliki cinta yang jujur.Semoga Allah mengumpulkan kita semua dalam satu taman yang di sana kita saling bertukar cerita tentang semua pengalaman perang, semua usaha membuktikan kecintaan, dan tentang semua bukti cintaNya
:: ENAM PERKARA::
>> Selasa, 31 Mei 2011
ENAM PERKARA YANG BOLEH MEMBUKA PINTU SYURGA DAN MENUTUP PINTU NERAKA .
Telah diriwayatkan dari Ali r.a. bahawa beliau mengatakan enam perkara yang boleh membuka pintu syurga dan menutup pintu neraka iaitu, yang bermaksud:
1) Mengenal Allah,lalu mematuhi segala perintahNya.
2) Mengenal syaitan,lalu menderhakainya.
3) Mengenal akhirat,lalu mencarinya.
4) Mengenal dunia,kemudian menolaknya.
5) Mengenal yang hak,kemudian mengikutinya.
~10 perkara sia-sia~
Sufyan ats-Tsauri, seorang ulama hadis yang terkemuka menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-siaiaitu:
Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri ,tetapi tidak dipohonkan doa untuk ibu bapanya sendiri dan kaum muslimin.
Orang yang kerap kali membaca al-quran tetapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.
Laki-laki yang masuk ke dalam masjid kemudian dia keluar kembali dari masjid tanpa mengerjakan solat tahiyyatul masjid.
Orang-orang yang melewati tanah perkuburan tapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni-penghuni kuburdan tidak mendoakan untuk keselamatan arwah-arwah mereka.
Lelaki yang masuk pada hari jumaat ke suatu kota ,kemudian dia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan solat jumaat berjamaah.
Lelaki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak menggunakan kesempatan itu untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
Dua orang lelaki yang bersahabat, tapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya
Lelaki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya, tapi tidak dilayani tetamu yang di undangnya
Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu sahaja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi.
Orang yang tidak menyedari tetangganya yang merintih lantaran kelaparan sedang dia sendiri kekenyangan dalam rumahnya.
:: TANGISAN SI ANAK KECIL ::
(DEDIKASI BUAT ANAK-ANAK KECIL DI IRAQ)
KU DENGAR SUARA
TANGIS TERIAK SI ANAK KECIL
MERAH MATA WAJAH MUKANYA
BARANG TERKENA PELURU BUTA
KERJA SI BANGSAT HINA
TANGIS TERIAK SI ANAK KECIL
KU DENGAR MAKIN NYARING
KEMBUNG PERUT BERTULANG DADANYA
APAKAH MUSNAH LADANG KURMA BAPANYA
RETAK PECAH TEMPAYAN GANDUM IBUNYA
KERJA SI LAKNAT DURJANA
TERIAK TANGIS SI ANAK KECIL
AKU TAK TAHAN LAGI
SENYUM MONGEL NANTI DIDUKUNG
MONTOK TUBUH TAK PRLU DI SOKONG
DIA MACAM TAK APA
TAPI DARAH MENITIS DI HATI
MERATAPNASIB MEDAN IBUNDA
TERKUJURNYA WARIS DI MEDAN JIHAD
DIA TERIAK LAGI
TANGIS TAK HENTI
KU DENGAR DI TV, DI CORONG RADIO
DI AKHBAR TERKINI
ALLAH TUHANKU
SELAMATKAN SI ANAK KECIL INI
DIA DI TIMUR AKU DI BARAT
DOA KU TABUR SIMPATI KU SEMAT
KALAU DIA TERIAK LAGI
KAN PASTI MENCURAH AIR MATA INI
::HARI INI ADALAH HARI::
>> Sabtu, 28 Mei 2011
Jika kamu berada di pagi hari jangan menunggu hingga ke petang tiba. Hari inilah yang akan anda jalani, bukan hari kelmarin yang telah berlalu dengan segala kebaikan dan keburukan dan bukan juga esok hari yang belum tentu datang. Hari yang saat ini mataharinya menyinari anda dan siangnya menyapa anda, inilah hari anda.
Umur anda, mungkin tinggal hari ini. Maka anggaplah masa hidup anda hanya ada hari ini, atau seakan-akan anda dilahirkan pada hari ini dan akan mati hari ini juga. Dengan begitu, hidup anda tidak akan tercabik-cabik di antara gumpalan keresahan, kesedihan dan duka masa lalu dengan bayangan masa depan yang penuh ketidakpastian dan acapkali menakutkan.
Pada hari ini pula, sebaiknnya anda mencurahkan seluruh perhatian, kepedulian dan kerja keras. Dan pada hari inilah anda harus bertekad mempersembahkan mutu solat yang paling khusyu’, bacaan al-Quran yang sangat tadabbur, zikir dengan sepenuh hati, keseimbangan dalam segala hal, keindahan dalam akhlak, kerelaan dengan semua yang Allah berikan, perhatian terhadap keadaan sekitar, perhatian terhadap kesihatan jiwa dan raga, serta perbuatan yang baik terhadap sesama.
Pada hari di mana anda hidup di saat inilah sebaiknya anda membahagi waktu dengan bijak. Jadikanlah setiap minitnya laksana ribuan tahun dan setiap detiknya laksana ratusan bulan. Tanamkanlah kebaikan sebanyak-banyaknya pada hari itu. Dan persembahkanlah sesuatu yang paling indah untuk hari itu. Beristighfarlah atas semua dosa, ingatlah selalu kepadaNya, bersiap–siagalah untuk sebuah perjalanan menuju alam keabadian dan nikmatilah hari ini dengan segala kesenangan dan kebahagiaan!
{maka berpegang teguhlah dengan apa yang Aku berikan kepadamu dan hendaklah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur- al-A’raf: 144}
Hiduplah hari ini tanpa kesedihan, kegalauan, kemarahan, kedengkian dan kebencian. Jangan lupa hendaklah anda goreskan pada dinding hati anda satu kalimat : hari ini adalah hari ini. Yakni bila hari ini anda dapat memakan nasi sangat harum baunya, maka apakah nasi basi yang telah anda makan kelmarin atau nasi yang hangat esok hari (yang belum tentu ada) itu akan merugikan anda?
Jika anda dapat minum air yang jernih dan segar hari ini, maka mengapa anda harus bersedih atas air asin yang telah anda minum pada hari kelmarin atau mengkhuatirkan air yang hambar dan panas esok hari yang belum tentu terjadi.
Jika anda percaya pada diri sendiri, dengan semangat yang tekad dan kuat maka anda dapat menundukkan diri untuk berpegang kepada prinsip: aku hanya hidup hari ini. Prinsip inilah yang akan menyibukkan anda setiap detik untuk selalu memperbaiki keadaan, mengembangkan semua potensi dan mensucikan setiap amalan.
“Wahai masa lalu, yang telah berlalu dan selesai, tenggelamlah seperti mataharimu. Aku tidak pernah menangisi kepergianmu dan kamu tidak akan pernah melihatku termenung sedetik pun untuk mengingatkanmu. Kamu telah meninggalkan kami semua pergi dan tidak akan pernah kembali.”
“Wahai masa depan, engkau masih dalam keghaiban. Maka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan. Aku pun tak bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada kerana esok hari mungkin tidak ada sesuatu. Esok hari adalah sesuatu yang belum di ciptakan dan tidak ada satu pun darinya yang dapat disebutkan.”
“Hari ini adalah milik anda” adalah ungkapan yang paling indah dalam kamus kebahagiaan, kamus bagi mereka yang menginginkan kehidupan yang paling indah dan menyenangkan.
Read more...
Langgan:
Catatan (Atom)











