:: sEbagaimaNa AsiNgnya isLam itu dAtaNg, bEgitu jUga kAfiLah iNi, dAgaNg & teRasiNg::

:: sEbagaimaNa AsiNgnya isLam itu dAtaNg, bEgitu jUga kAfiLah iNi, dAgaNg & teRasiNg::
Dikuasakan oleh Blogger.

::Mahabbah::

::Menyoroti Sejarah Muslimah 4::

>> Jumaat, 6 Januari 2012

::UMMU KALTHUM BINTI ‘UQBAH::


Ummu Kalthum merupakan salah seorang wanita yang berhijrah dari kegelapan jahiliyyah kepada nur Islam. Nama sebenar beliau ialah Ummu Kalthum binti ‘Uqbah bin Abu Mu’aith. Ketika melihat orang yang memiliki fitrah yang lurus dan hati yang bersih memeluk Islam, dia juga turut serta dan berbaiat kepada Nabi s.a.w.

Namun beliau tidak sempat berhijrah bersama-sama Rasulullah sehinggalah pada tahun 7 Hijrah. Ini kerana Ummu Kalthum masih lagi tinggal bersama dengan orang tuanya yang kafir sehingga beliau meninggalkan Mekah selepas Perjanjian Hudaybiah.

Ummu Kalthum adalah contoh wanita mukmin yang rela hijrah untuk bergabung dengan Nabi s.a.w meskipun ayahnya adalah tokoh besar kaum kafir dan mati dalam keadaan kafir. Ayahnya termasuk kaum kafir yang menentang nabi s.a.w dan menerima kekalahan teruk sewaktu Perang Badar.

Sewaktu Perjanjian Hudaybiah di meterai, ramai dari pihak orang Islam tidak berpuas hati dan ada juga yang menentang termasuklah Ummu Kalthum. Mereka semua tidak berpuas hati kerana perjanjian tersebut berat sebelah dan memenangkan kepada kaum Qurasy Mekah. Dengan demikian, Ummu Kalthum serta penduduk Mekah yang lain terpaksa pulang ke Mekah semula.

Setelah beberapa lama, Ummu Kalthum berulang alik dari kampungnya ke Madinah. Selama empat hari tiga malam Ummu Kalthum akan pulang ke kampungnya yang jauh di pedalaman yang terletak jauh dari Tan’im. Perkara tersebut berlaku dan keluarganya sedikit pun tidak mencurigai beliau sehinggalah beliau benar-benar bertekad meninggalkan Mekah dan keluarganya.

Pada suatu hari Ummu Kalthum, sewaktu beliau ingin keluar dari Mekah, beliau bertemu dengan seorang lelaki dari suku Khuza’ah. Suku Khuza’ah waktu itu telah berbai’ah dengan Rasulullah s.a.w. Lalu Ummu Kalthum membenarkan lelaki tersebut menghantarnya ke Madinah dengan selamat. Sesampainya Ummu Kalthum di Madinah, beliau terus berjumpa dengan Ummu Salamah yang juga isteri Rasulullah s.a.w.

Ummu Kalthum menceritakan segala-galanya dan meminta agar Rasulullah s.a.w menjamin keselamatan beliau di Madinah kerana khuatir keluarganya akan mencarinya dan menuntut agar beliau di kembalikan. Bahkan beliau bertekad tidak ingin lagi kembali ke Mekah.

Ummu Kalthum menjalani hidup penuh kebahgiaan selama berada di Madinah. Beliau kemudian berkahwin dengan Zaid bin Harithah namun kemudian bercerai. Pernikahan keduanya adalah dengan Abdul Rahman bin Auf, seorang dermawan dan mempunyai kekayaan. Pasangan ini dikurnia dua orang putera iaitu Ibrahim dan Humaid. Setelah Abdul Rahman bin Auf meninggal, Ummu Kalthum dilamar pula oleh ‘Amr bin al-Ash namun tidak lama selepas itu Ummu Kalthum meninggal.

::puteri harapan srikandi Islam, tegaklah kau dalam perjuangan,
menjadi sayap kiri di medan meneguhkan benteng pertahanan Islam::

Read more...

:: Nota Dalam Perjalanan 2 ::

>> Selasa, 3 Januari 2012

::Doa sewaktu bersujud::

Ya Allah tambahkanlah bagi hamba rezeki yang halal lagi banyak, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih, dan kejayaan yang besar,







Read more...

::Nota dalam perjalanan::


Aku yang masih tidak mengerti



Kalau orang yang masih terus- menerus berdusta, aku tidak akan mengerti di perbuat dari apakah lidah mereka sehingga teramat hebat merangkai kata-kata indah menutupi kebenaran, menyembunyikan hakikat mengedepankan kepalsuan. Padahal sekali sahaja berdusta sudah sedemikian lelahnya kita berfikir untuk mencari segudang alasan baru untuk dusta berikutnya, sudah sebegitu kelunya lidah ini terpaksa menari mengikut irama gendang kepalsuan yang tidak berkesudahan.

Jika masih ada sebahagian orang yang masih mencaci, menghina, mengata, berprasangka buruk dan mengecil-ngecilkan saudaranya, aku tidak tahu, sekuat apa penciuman dan mulutnya kerana pada saat itu, ia seperti sedang memakan bangkai daging saudaranya sendiri.

Seandainya masih beredar-edar orang yang tidak hentinya berperilaku sombong, angkuh dan takbur, aku tidak akan habis berfikir , sebesar apa dirinya sehingga sangat lancang menentang kebesaran Tuhannya, dan sekuat apa tubuhnya kelak menanggung akibat dari kesombongan.

Sekiranya tetap hidup manusia-manusia yang enggan menyisihkan sebahagian harta yang dimilikinya, sementara bertebaran di seluruh penjuru bumi Allah ini anak-anak yatim piatu, fakir miskin dan orang- orang yang lebih memerlukannya .. aku semakin hairan, apakah ia selalu berfikir bahawa  semua yang diperolehinya itu murni oleh hasil jerih payahnya? Tidakkah ia mengetahui bahawa semua yang ada padanya itu adalah atas kehendak Allah; Pemberi rezeki? Yang seandainya Dia berkehendak dengan sangat mudah pula Dia mengambilnya?

Umpamanya masih hidup orang-orang yang gemar berbuat maksiat, bangga dengan dosa-dosanya sungguh aku tidak akan pernah memahami, setebal apa kulit mereka menahan api neraka Allah, sekuat tubuh orang-orang itu menerima azab Allah yang tidak pernah berhenti.



::Pada perjalanan ini,  ada persinggahan yang tidak selamanya ::





Read more...

::MENYOROTI SEJARAH MUSLIMAH 3 ::

>> Isnin, 26 Disember 2011

:: UMMU UMARAH ::

Ummu Umarah (Nusaibah) bint Kaab bin Amru bin Auf bin Mabdzul adalah seorang pejuang wanita yang diberi kemuliaan kepadanya. Beliau merupakan golongan Ansar yang berasal daripada suku Khazraj.

Beliau lahir di Madinah dan berasal dari keluarga Mazini yang mempunyai salasilah keturunan Najjar. Beliau memeluk Islam di melalui Mus’ab bin Umair yang di utus oleh Rasulullah s.a.w untuk berdakwah di Madinah.

Ummu Umarah juga turut terlibat dalam beberapa peristiwa penting dalam sejarah Islam iaitu peristiwa Baiat Aqabah (Perjanjian Aqabah), Perang Uhud, Peristiwa Hudaybiah, Perang Hunain dan Perang Yamamah. Bahkan tangannya turut putus ketika mengikuti peperangan. Peranannya di medan perang amat tinggi. Beliau menjadi pelindung Nabi s.a.w ketika Perang Uhud berlaku.
Suami Ummu Umarah ialah Zaid bin Ashim al-Mazini al-Najjari. Hasil perkahwinan ini, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata dan diberi nama Abdullah dan Habib. Setelah Zaid meninggal, Ummu Umarah berkahwin pula dengan Ghazyah bin Amru al-Mazini bin al-Najjari dan dikurniakan anak yang diberi nama Khaulah.

Walaupun sibuk dengan peperangan, namun Ummu Umarah tidak pernah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu dan juga isteri. Sepenuhnya kasih-sayang dicurahkan kepada anak-anak serta suaminya. Beliau juga seorang ahli ibadah. Beliau sering berpuasa dan menghabiskan malam harinya dengan solat dan berzikir kepada Allah.

Suatu hari, anaknya Habib dipilih oleh Rasulullah s.a.w untuk menentang kekacauan yang dilakukan oleh Musailamah di Madinah. Namun amaran tersebut tidak diendahkan oleh Musailmah. Lalu dia mengikat Habib dan mencercanya dengan pelbagai pertanyaan. Akhirnya Musailamah memotong tubuh Habib satu persatu dan akhirnya Habib gugur sebagai orang yang syahid.
Berita kematian anaknya Habib sampai ke telinga Ummu Umarah. Lalu Ummu Umarah berdoa kepada Allah agar dia juga dapat melihat kematian Musailamah dan meminta agar mati syahid ketika memerangi Musailamah.

Setelah melalui perjalanan yang  penuh pengorbanan dan semangat jihad, akhirnya Ummu Umarah meninggal. Beliau pergi menghadap Tuhannya dengan wajah yang berseri-seri. Semoga Allah menempati rohnya di tempat tertinggi.








Read more...

::PESANAN TERAKHIR RASULULLAH S.A.W::


PESANAN TERAKHIR RASULULLAH S.A.W
--- 10 H (LEMBAH URANAH, BUKIT ARAFAH----


 "Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.


"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."

Read more...

:: Menyoroti Sejarah Muslimah 2 ::

>> Selasa, 20 Disember 2011

--------ATIKAH BINTI ZAID--------


Atikah binti Zaid adalah seorang wanita mulia yang memiliki beberapa kemuliaan dan keistimewaan. Ayahnya bernama Zaid bin Amr bin Nufayl yang merupakan sahabat Nabi s.a.w yang hebat di zamannya. Ibunya pula bernama Ummu Kuraiz binti al-Hadrami anak saudara kepada al-‘Ala bin al-Hadrami yang merupakan sahabat Rasulullah s.a.w yang terkemuka.

 Saudara kandung Atikah pula iaitu Sa’id bin Zaid adalah salah seorang 10 sahabat yang dijamin masuk syurga. Kerana itu Atikah sangat bertuah kerana memiliki keturunan yang baik dan mulia.
Kemuliaan itu ditambah lagi dengan pernikahan Atikah dengan lelaki yang telah dijamin masuk syurga. Suami Atikah yang pertama ialah Abdullah bin Abu Bakr. Kerana kecantikan dan kejelitaan yang ada pada Atikah menyebabkan Abdullah berat hati untuk turun berperang. Perkara ini merisaukan ayahnya Abu Bakr. Beliau segera menyuruhnya anaknya menceraikan Atikah supaya Abdullah dapat menumpukan tumpuan kepada peperangan.

 Abdullah terpaksa akur dengan kehendak bapanya. Akhirnya dia menceraikan Atikah. Namun perasaan cintanya kepada Atikah sentiasa mekar. Saban hari Abdullah melantunkan puisi-puisi yang amat menyentuh hati sesiapa yang mendengarnya termasuklah Abu Bakr. Selepas itu Abu Bakr mengizinkan  anaknya merujuk kembali  Atikah.

Setelah beberapa lama, ketika tentera Muslimin mengepung kota Tha’if, Abdullah luka parah akibat terkena anak panah. Dia akhirnya syahid di Madinah. Saat itulah Atikah pula melantun puisi di atas pemergian suami yang tercinta.
Setelah berakhir iddahnya, Atikah dilamar pula oleh Umar bin al-Khattab. Sepanjang hidup bersama Umar,  Atikah banyak mendalami ilmu, kezuhudan dan kesederhanaan. Atikah juga mendapat kedudukan yang terhormat di sisi sahabat agung ini.

Namun kebahagiaannya tidak lama. Khalifah Umar terbunuh kerana ditikam dengan belati oleh seorang penganut agama Majusi iaitu Abu Lu’lu’ah. Sekali lagi Atikah menangisi pemergian suami tercinta dan melakar kesedihannya di dalam bait-bait puisinya.
Setelah beberapa lama Atikah dilamar pula oleh Zubair bin al-Awwam yang juga salah seorang sahabat yang dijamin masuk syurga. Zubair merupakan  Hawari (pengawal setia) Rasulullah s.a.w. Beliau juga merupakan seorang penunggang kuda yang cekap sewaktu di medan perang.
Sepanjang peperangan yang dilalui, Zubair tidak pernah ketinggalan menyertainya. Atikah juga mengetahui bahawa suaminya ini juga termasuk orang yang akan mati syahid kerana telah dikhabarkan oleh baginda Nabi s.a.w sebelum ini.

 Namun Atikah merelakan jua pemergian Zubair walaupun hanya sekejap sahaja untuk bersama. Zubair syahid di lembah al-Siba’ dekat kota Basrah. Beliau di bunuh oleh Ibn Jarmuz ketika pulang dari ekspedisi peperangan.
Atikah tetap redha menerima takdir tersebut. Di sebalik kesedihan tersebut, Atikah sangat beruntung kerana semua suaminya adalah orang yang dijamin masuk syurga. Sehingga ada orang mengatakan, “Jika ingin masuk syurga, kahwinlah dengan Atikah bint Zaid.”

Atikah meninggal dunia pada zaman awal pemerintahan Muawiyah bin Abi Sufyan r.a iaitu pada tahun 41 Hijrah. Semoga Allah meredhainya.




Read more...

::TABAHKANLAH HATI MENGHADAPI MUSIBAH INI::

>> Selasa, 29 November 2011

TABAHKANLAH HATI MENGHADAPI MUSIBAH INI

Allah telah menetapkan takdir dan ajal seluruh makhlukNya, mengatur dan menentukan segala amal perbuatan seta tindak-tanduk mereka.Lalu Allah membahagi-bahagikan rezeki dan harta dunia kepada mereka.Allah menciptakan kehidupan dan kematian sebagai ujian siapa di antara mereka yang terbaik amalannya.Allah juga menjadikan iman terhadap qada’ dan takdirNya sebagai salah satu rukun iman.Setiap sesuatu yang bergerak atau berdiam di langit dan di bumi pasti menuruti kehendak dan keinginan Allah.

Dunia ini sarat dengan kesulitan dan kesusahan; di ciptakan secara fitrah untuk di penuhi dengan beban dan ancaman, aral rintangan  serta berbagai-bagai cubaan.Tak ubahnya dingin dan panas yang memang harus di rasakan yang memang harus dirasakan oleh hambaNya.Allah berfirman :
 Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar: (surah al-Baqarah: 155)

Berbagai-bagai musibah itu adalah batu ujian untuk menetukan siapa di antara hambaNya yang benar dan tidak benar.Allah berfirman lagi :
Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?(surah al-ankabut:2)

Jiwa manusia itu hanya akan dapat menjadi suci setelah di tempa.Ujian dan cubaan akan memperlihatkan kesejatian seseorang.Ibn al-Jauzi mengungkapkan “ orang yang ingin mendapatkan keselamatan dan kesejahteraan abadi tanpa ujian dan cubaan  beerti ia belum mengenal ajaran islam dan tidak mengenal erti pasrah diri kepada Allah”
Setiap orang pasti akan merasakan susah mukmin nahhupun kafir.Hidup ini memang di bangun di atas berbagai kesulitan dan marabahaya.Maka janganlah seseorang membayangkan bahawa dirinya akan terbebas dari kesusahan dan cubaan.Cubaan adalah lawan dari tujuan dan memang bertentangan dengan angan-angan dan kesenangan menikmati kelazatan hidup.Setiap orang pasti merasakannya,walau dengan ukuran yang berbeda,sedikit atau banyak. Seorang mukmin di beri ujian sebagai tempaan baginya, bukan siksaan.Terkadang cubaan itu  juga ada dalam kesenangan, terkadang juga ada dalam kesusahan. Allah berfirman:

Dan Kami pecah-pecahkan mereka (kaum Yahudi itu) berpuak-puak (yang bertaburan di merata-rata) dunia ini. di antara mereka ada Yang soleh dan di antaranya juga Yang tidak demikian. dan Kami uji mereka Dengan nikmat pemberian Yang baik-baik dan bala bencana Yang buruk, supaya mereka kembali (bertaubat). (surah al-A’raaf: 168)

Satu hal yang di benci kadang mendatangkan kesenangan, satu hal yang di sukai kadang mendatangkan kesusahan.Janganlah merasa aman dengan kesenangan, kerana bisa saja ia menimbulkan kemudaratan.Janganlah merasa putus asa kerana kesulitan, kerana bisa jadi akan mendatangkan kesenangan. Allah berfirman lagi yang bermaksud:

Kamu Diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara Yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.(surah al-Baqarah: 216)
Segala cubaan itu ada batasnya di sisi Allah.Jangan mengucapkan kata-kata makian, kerana satu yang mengalir dari lidah dapat membinasakan seseorang. Seorang mukmin yang kuat akan tegar menghadapi beban berat. Hatinya tidak akan berubah dan lisannya tidak akan  mengutuk.Redamlah musibah itu dengan mengingat janji pahala dan kemudahan dari Allah sehingga cubaan itu berlalu tanpa mengutukinya.Orang-orang berakal selalu menunjukkan ketegaran dalam menghadap musibah agar mereka tidak mendapatkan ejekan musuh-musuh mereka.kerana apabila mereka menampakkan musibah itu para musuh mereka akan merasa senang dan gembira.

Sebaliknya menutupi musibah dan derita kelaparan adalah sifat orang-orang yang mulia.Ketabahan akan membendung bencana.Demikian cepatnya bencana itu berlal, bila di hadapi dengan ketabahan.Paling kita hanya akan harus tabah menghadapi hari-hari yang pendek dalam idup kita.Orang-orang yang binasa mengalami kebinasaan mereka hanya kerana mereka tidak memiliki ketabahan. Orang-orang yang tabah akan mendapat pahala terbaik. Firman Allah:
(sebenarnya) apa Yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa Yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan Sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar Dengan memberikan pahala Yang lebih baik dari apa Yang mereka telah kerjakan.(surah al-Nahl:96)
Firman Allah lagi:  Mereka itu akan beroleh pahala dua kali disebabkan kesabaran mereka; dan juga kerana mereka menolak kejahatan Dengan kebaikan, dan mereka menderma dari apa Yang Kami kurniakan kepada mereka.(surah al-Qashash:54)
Allah tidak pernah menahan sesuatu untukmu wahai orang yang tertimpa musibah,melainkan kerana Allah akan memberimusesuatu yang lain.Allah mengujimu untuk memberikan keselamatan kepadamu.Allah hanya memberimu cubaan untuk membersihkan dirimu.Selama masih ada umur rezeki pasti akan datang.Allah berfirman:

 “Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk Yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah Yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. semuanya itu tersurat di Dalam Kitab (Lauh Mahfuz) Yang nyata (kepada malaikat-malaikat Yang berkenaan).(surah Huud:6)

Apabila dengan kebijaksanaanNya, Allah menutup sebahagian rezeki pasti Allah akan membukakan pintu rezeki yang lain yang lebih bermanfaat.Cubaan, justeru akan mengangkat darjat orang-orang solehdan meningkatkan pahala mereka.Saad bin Abi Waqas mengungkapkan: “Aku pernah bertanya; “wahao Rasulullah siapa orang paling berat cubaanya? Beliau menjawab: “para nabi kemudian orang-orang soleh kemudian sesudah mereka secara berturut menurut tungkat kesolehannya.Seseorang akan di beri ujian sesuai dengan kadar agamanya.Bila ia kuat akan di tambah cubaan baginya.Kalau ia lemah dalam agamanya  akan di ringankan cubaan baginya.Seorang mukmin akan tetap di beri cubaan sampai ia berjalan di muka bumi ini tanpa sebarang dosa sedikitpun” (riwayat al-Bukhari)

Seorang ulama’ mengungkapkan: “orang yang di ciptakan untuk masuk syurga pasti akan merasakan banyak kesulitan.Musibah yang sesungguhnya adalah yang menimpa agama seseorang.Sementara musibah-musibah selain itu merupakan jalan keselamatan baginya.Ada yang berfungsi meningkatkan pahala, ada yang menjadi pengampun dosa.Orang yang benar-benar tertimpa merana adalah mereka yang terhalang dari mendapatkan pahala”.

Tidak usah risau dengan hilangnya sebahagian dunia.Kerana keberadaannya hanyalah satu kejadian, membicarakan dunia justeru menimbulkan kesedihan, jalan-jalan untuk mendapatkannya sarat dengan duka.Dalam mencari dunia, manusia akan tersiksa sebatas rasa dukanya.Orang yang senang mendapatkan dunia pada hakikatnya adalah orang yang sedih. Berbagai kepedihan bermunculan dari kenikmatan dunia.Berbagai kesedihan justeru lahir dari kesenangan dunia.

Abu Darda’ menyatakan: “di antara bentuk kehinaan dunia di hadapan Allah adalah bahawa manusia berbuat maksiat selama mana ia di dunia dan ia hanya bias menggapai apa yang ada di sisi Allah dengan meninggalkan dunia.Maka hendaklah engkau menyibukkan diri dengan hal yang lebih berguna bagimu untuk mengambil kembali yang mungkin hilang darimu,yakni dengan cara memperbaiki kekeliruan memaafkan kesalahan orang dan mendekati pintu ar-Rabb.Dengan itu engkau akan melihat betapa cepatnya musibah yang menimpamu itu menghilang.Kalau bukan kerana kesusahan,engkau tidak bisa mengharapkan saat-saat senang.Hliangkan hasrat yang menjadi milik orang, nescaya engkau akan menjadi yang terkaya.Jangan berputus asa kerana itu membawa kehinaan.Ingatlah nikmat Allah yang banyak kepadamu.Tepislah segala kesedihan dengan redhaterhadap takdir dengan solatdi malam yang panjang.Bila sudah habis malammasih ada subuh yang datang menjelang Akhir kesedihan adalah awal kebahagiaan.Masa tidak akan berdiam dalam satu kondisi, namun terus berganti.Segala kesulitan pasti akan beransur hilang. Jangan berputus asa hanya kerana musibah yang datang bertubi-tubi. Satu kesulitan akan di kalahkan oleh dua kemudahan.Menunduk kepada Allah pasti kesulitanmu akan hilang selekasnya.Setiap orang yang penuh dengan ketabahan pasti akan mendapatkan jalan keluar”.

(petikan khutbah syaikh Dr.Abdul Muhsin al-Qasim- imam dan khatib masjid nabawi-Abu Umar Basyir al-Madani)







Read more...

Man Ana?? (^_^)

anak kelahiran negeri tanah sekebun bunga ini di beri nama yg cukup indah, siti nor izliana nordin, merupakan anak ke 6 drp 8 adik-beradik, sekarang sedang belajar di universiti kebangsaan malaysia (ukm) bangi dlm bidang pengajian arab & tamadun islam, pernah melalui detik kenangan indah sebagai pelajar maahad muhammadi (p) dan seterusnya melakar cita-cita murni di maahad rahmaniah 2008.. apa yg dia harapkan adalah sebuah kejayaan yg bakal menjulang nama diri, keluarga, bangsa, agama, dan negaranya

::pr0L0g::


tiada berdaya untuk menulis.
cube untuk ketawa walau perit yg dirasai.
cuba berlaku gembira dgn kesedihan yg diberi.
disaat luaran cuba berlagak
mengatakan senyuman
dalaman menangis tanpa henti.

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP